KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL
Sunsilk, jenama penjagaan rambut terkemuka oleh Unilever, dengan kerjasama Mydin Malaysia, baru-baru ini melabuhkan tirai kempen ‘Memperkasakan Impian Wanita', dengan dana terkumpul sebanyak RM100,000.00 untuk Women of Will (WOW), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang komited dalam memperkasakan wanita serta komuniti mereka menerusi program pembangunan keusahawanan dan komuniti.
Pengarah Eksekutif WOW, Lakshwin Muruga menekankan cabaran pelbagai yang dihadapi oleh wanita B40, daripada pengurusan isi rumah sehingga menjana pendapatan untuk menyara keluarga. Pandemik Covid-19 telah merumitkan cabaran ini, dengan sehingga 70 peratus usahawan wanita B40 mengalami kemorosotan pendapatan mereka. Selain itu, kekurangan modal kerja dan kemahiran untuk berdaya saing dalam talian dengan efektif juga memberikan mengetengahkan kepentingan peningkatan dan pengukuhan kemahiran serta modal berniaga untuk wanita-wanita ini memperolehi sumber pendapatan yang lebih mampan dan sekaligus dapat menaik taraf hidup keluarga mereka.
Justeru itu, Sunsilk telah bersetuju untuk menyumbang RM1 daripada setiap pembelian produk Sunsilk yang bernilai RM8 dan ke atas di Mydin melalui kempen ini.
“Di Sunsilk, kami percaya dalam menyerlahkan keistimewaan untuk semua gadis dan wanita di mana sahaja. Kami berbesar hati atas peluang yang di dapati untuk menyokong WOW dan kami komited untuk membantu mereka memperkasakan wanita yang kurang berkemampuan dengan menyediakan kemahiran serta ilmu penting dalam membangunkan perniagaan yang mampan dan berjaya untuk diri mereka serta komuniti sekeliling. Kami berharap inisiatif ini akan membuka jalan ke arah kemandirian kewangan dan masa depan yang lebih cerah,” kata Natalie Goh, Ketua Pemasaran Sunsilk.
Dana yang disumbangkan oleh Sunsilk akan digunakan untuk menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan dan kepimpinan komuniti dalam kalangan 350 wanita daripada lebih 20 komuniti luar bandar di Sook, Keningau, Sabah. Pembangunan kemahiran keusahawanan ini merangkumi modul latihan, bimbingan berkumpulan, dan sistem sokongan. WOW juga akan mengenal pasti serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan projek para usahawan sedia ada melalui modul daripada Program Pembangunan Kepimpinan Komuniti mereka. Dengan memupuk kemahiran kepimpinan, WOW berhasrat untuk membina rangkaian pemimpin berkebolehan yang mampu memacu pembangunan mampan dan memupuk pemerkasaan serta perpaduan komuniti.
Foto Kumpulan Komuniti PPR Taman Wahyu bersama Wakil dari Sunsilk, Women of Will, Bella Dowanna (KOL) dan Elya Maisara (KOL) |
Dalam majlis penyerahan cek tersebut, wakil daripada Sunsilk, Mydin, WOW dan pempengaruh media sosial Elya Maisara dan Bella Dowanna berkumpul untuk bersama-sana menyediakan dan mengagihkan 100 pakej pemberian kepada penduduk wanita PPR Taman Wahyu dan Raya Permai. Pakej penjagaan yang disediakan dengan teliti ini mengandungi barangan keperluan serta produk Sunsilk yang bertujuan meningkatkan penjagaan diri dan kesejahteraan mereka.
Kempen Sunsilk ini mencerminkan kepercayaannya yang teguh terhadap kuasa wanita dan komuniti. Di peringkat global, Sunsilk menjalin bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menjalankan program yang membantu gadis mencapai impian mereka. Dengan menghulurkan sokongan kepada WOW, Sunsilk komited untuk terus memperjuangkan inisiatif yang mendatangkan impak positif dan berkekalan kepada masyarakat.
Comments
Post a Comment