TIM HORTONS BAKAL MELEBARKAN SAYAPNYA KE MALAYSIA OGOS INI


Rangkaian restaurant antarabangsa terkenal Tim Hortons® akan membuka pintunya di Malaysia pada bulan Ogos ini. Sejak dari tahun 1964, Tim Hortons telah berkembang menjadi jenama global yang ikonik dan telah menawan cita rasa jutaan orang di seluruh dunia. 

Dengan lebih daripada 5,800 restoran di seluruh dunia, Malaysia akan menjadi negara kelapan di Asia yang bakal menyambut ketibaan jenama kopi yang digemari ramai ini. Restoran ini akan menawarkan hidangan menu yang lazat termasuk minuman kopi daripada biji kopi Arabika premium 100% yang diperoleh melalui rangkaian Enveritas, serta pelbagai jenis makanan panas dan pastri.


Tims akan menawarkan Sourdough Melts dan Pasta Bakes yang boleh dinikmati bersama Signature Lattes, Iced Capp dengan perisa Maple dan French Vanilla yang ikonik. Tim Hortons juga akan memperkenalkan donat terkenal dan snek Timbits yang disediakan segar setiap hari. 

Khabarnya menu eksklusif bagi restoran Malaysia bakal diperkenalkan semasa hari pelancaran! Jadi, nantilah ketibaan Tim Hortons® tidak lama lagi!

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti https://www.instagram.com/timhortonsmalaysia/

Comments

Popular posts from this blog

INDIE BAND ‘DUKES’ DUA SINGLE TERBAHARU MEMECAHKAN GELOMBANG MUZIK INDIE ROCK MALAYSIA!

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

ASTRO RAIKAN KETIBAAN BULAN RAMADAN DENGAN SAJIAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN BARISAN DRAMA TERBAIK

MARY GRACE MELEDAKKAN PENTAS DAN MERANGKUL GELARAN JUARA CALPIS SODA ONE-IN-A-MILLION!