SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA


Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) menyambut ulang tahun Sunway Group yang ke-50 dengan slogan Cheers to 50, yang diadakan dengan cukup gah merentasi pusat-pusat beli-belahnya di seluruh negara. Menerusi kerjasama dengan UOB dan Sime Darby Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, Sunway Malls mempelawa pembeli-belah untuk mengalami sambutan yang mengujakan ini mulai sekarang hingga 4 Ogos 2024.

Sepanjang tempoh ini, Sunway Malls menjanjikan pengalaman membeli-belah serba lengkap yang tiada bandingannya, di mana pengunjung berpeluang untuk meraih ganjaran dengan membeli-belah sepuas hati, di samping menikmati pelbagai manfaat melalui Sunway Malls App, mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti interaktif yang unik dan banyak lagi!

Majlis pelancaran bagi kempen yang istimewa ini telah berlangsung di Sunway Pyramid dan diserikan oleh HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks; diiringi oleh En. Jason Chin, Pengurus Besar Kanan Sunway Pyramid, Sunway Giza & Sunway Square; En. Danny Lee, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Mall; En. Allan Tay, Pengurus Besar Sunway Big Box Retail Park & Sunway Citrine Hub; Cik Loo Hoey Theen, Pengurus Besar Pemasaran dan Inovasi Perniagaan; dan En. Albert Cheok, Pembantu Pengurus Besar Sunway Square, Sunway Giza & Ice Rink, yang telah membuka tirai kepada sebuah sambutan yang diisi dengan keseronokan dan ganjaran selama dua minggu.

“Ulang tahun ke-50 Sunway Group merupakan satu detik yang amat bermakna. Sejak lima dekad yang lalu, Sunway telah menelusuri hampir segala aspek kehidupan, dengan pendekatan mereka yang berpaksikan kebaikan demi kesejahteraan. Sebagai salah satu daripada 13 divisyen perniagaan, Sunway Malls berbesar hati untuk memainkan peranan dalam menyajikan pengalaman Sunway buat pelbagai kelompok masyarakat di seluruh negara,” ujar Chan.

Majlis pelancaran ini telah menyaksikan persembahan yang hebat daripada Batteryheadz Entertainment serta Cabaran Beli-Belah di mana 30 individu, termasuk pembeli-belah setia Sunway Malls, para pembelanja tertinggi Sunway Super App, dan rakan-rakan media, telah mempamerkan kemahiran membeli-belah barangan runcit – yang turut menjadi hadiah untuk dibawa pulang oleh mereka. Bukan itu sahaja, 10 peserta terpantas yang menyempurnakan Cabaran Beli-Belah tersebut turut memenangi aneka baucar beli-belah yang menarik!


4 Tarikan untuk Sesi Beli-Belah Anda

Berbelanja dan Raih Ganjaran

Pembeli-belah berpeluang untuk merebut ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1 juta. Setiap pembelian minimum dalam resit-resit yang terkumpul membolehkan peserta menerima ‘tumbler’ edisi terhad ‘Cheers to 50’, baucar tunai daripada Diamond & Platinum, Thai Odyssey, kad hadiah daripada Switch, Jaya Grocer, kod langganan daripada WeTV, dan banyak lagi, justeru menjadikan pengalaman beli-belah para pengunjung lebih menyeronokkan.

Setiap penebusan secara automatik akan melayakkan pembeli-belah satu penyertaan dalam Peraduan Cabutan Bertuah, di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif seperti jentera elektrik BYD DOLPHIN; kerusi urut oleh Ogawa Master Drive AI; pengembaraan yang mengujakan dengan Asean Explorer Pass oleh AirAsia MOVE; penginapan mewah di Banjaran Hotsprings Retreat, Sunway Pyramid Hotel, Sunway Lagoon Hotel dan Sunway Hotel Big Box; berlian Diamond & Platinum; pakej kesihatan Sunway Medical Centre; pas Sunway Theme Park dan banyak lagi.

 *Perbelanjaan minimum dalam bilangan resit yang dinyatakan. Semua penebusan adalah terhad untuk pengunjung yang terawal.

*Peroleh satu penyertaan dalam Peraduan Cabutan Bertuah bagi setiap penebusan.


Di samping itu, pembeli-belah yang merupakan ahli Sunway Super App layak untuk mendapatkan satu lagi putaran secara percuma ataupun satu cubaan di mesin gashapon setelah memenuhi kriteria perbelanjaan yang ditetapkan.

Aneka Tawaran Menarik

Turut menambah keterujaan adalah Super Rewards Fiesta oleh Sunway Super App, yang berlangsung dari sekarang hingga 31 Ogos. Acara ini diadakan di seluruh Sunway Malls dengan penglibatan daripada 700 pekedai seperti BONIA, Kate Spade, Laura Mercier, Sports Direct, Poh Kong, dan banyak lagi. Sunway Super App Super Rewards Fiesta membekali orang ramai dengan aneka tawaran eksklusif untuk menaik taraf pengalaman membeli-belah mereka.

Berikut merupakan tawaran buat ahli Sunway Super App:

· Raih sehingga 15X Sunway Points
· Nikmati tawaran dengan nilai serendah RM5 Sunway Points
· Nikmati rebat tunai bernilai sehingga RM500
· Diskaun sehingga 50% bagi aneka barangan daripada pelbagai pekedai

Rai dan Menangi Tiket Wayang Percuma

Sunway Malls menawarkan tiket wayang percuma untuk pembeli-belah menyaksikan filem-filem sensasi yang bakal ditayangkan di pawagam tempatan! Mulai hari ini hingga 28 Julai, sertai sambutan Ulang Tahun Ke-50 Sunway Group dengan mengambil bahagian dalam peraduan gambar di setiap platform sosial Sunway Malls. Para pemenang akan diumumkan selepas peraduan tamat, dan hadiah berupa tiket untuk menyaksikan filem di TGV atau GSC akan diberikan pada 4 Ogos.

Rangkaian Aktiviti

Dapatkan beg tote ‘Cheers to 50’ yang eksklusif dengan menyempurnakan rangkaian aktiviti di Sunway Malls App dari 18 Julai hingga 4 Ogos 2024! Anda hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut, daftar sebagai ahli, pilih lokasi dan imbas kod-kod QR yang disediakan di sekitar pusat-pusat beli-belah Sunway. Perlukan klu untuk mencari kod QR ini? Muat turun Sunway Malls App di Google Play atau Apple App Store!

Layari laman sesawang Sunway Malls https://www.sunwaymalls.com/cheers-to-50 untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ini.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN