SUNSILK PERKENAL SYAMPU & PERAPI DENGAN MINYAK MORINGA UNTUK RAMBUT YANG LEBIH KUAT, BERKILAU DAN KELIHATAN LEBIH SIHAT
Sunsilk, jenama penjagaan rambut terkemuka oleh Unilever, dengan kerjasama Watsons Malaysia, teruja untuk membawakan era baharu dalam rangkaian Sunsilk Natural Bio Active hari ini. Buat julung kalinya, Sunsilk memperkenalkan bahan super Minyak Moringa. Dirumus dengan 90 peratus bahan asal semula jadi dan bebas daripada paraben, rangkaian produk baharu ini menjanjikan rambut yang lebih kuat, lebih berkilau dan kelihatan lebih sihat.
Dua varian baharu rangkaian Sunsilk Natural Bio Active adalah koleksi Sunsilk Natural Smooth & Shine yang diperkaya dengan 100 peratus ekstrak bunga ros dan pic asli, serta koleksi Sunsilk Natural Long Hair yang mengandungi 100 peratus protein tumbuhan semulajadi dan ekstrak oat.
Natalie Goh, Pengurus Unit Perniagaan & Pemasaran Kecantikan & Kesejahteraan Unilever Malaysia berkata, “Di Sunsilk, kami percaya dalam memperkasakan para gadis untuk meneroka dan mengejar impian serta cita-cita mereka. Justeru itu, produk kami merangkumi kepada setiap warna, panjang, dan tekstur rambut, agar semua gadis dapat memiliki rambut yang menawan.”
Gabungan Hebat Keajaiban Minyak Moringa dan Bahan Semula Jadi
Keistimewaan varian baharu ini terletak pada kehadiran Minyak Moringa, yang terkenal sebagai sumber vitamin utama untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Kaya dengan nutrien antioksidan seperti Vitamin C, A, B, E, dan Zink, Minyak Moringa menggalakkan penghasilan keratin, menguatkan folikel rambut, dan meningkatkan kesihatan rambut. Teksturnya yang ringan membolehkan penyerapan lebih mudah tanpa meninggalkan sisa berminyak. Selain itu, Minyak Moringa juga kaya dengan Omega-9 yang membantu mengurangkan kerapuhan, mencegah hujung rambut bercabang, melembutkan kutikel rambut, serta memulihkan kelembapan terhadap rambut kering, menghasilkan rambut yang lebih kuat, lebih berkilau, dan kelihatan lebih sihat.
Bahan super ini diadun dengan minyak kelapa dan ekstrak semula jadi untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut yang berbeza. Koleksi Sunsilk Natural Smooth & Shine memanfaatkan khasiat bunga mawar dan vitamin penting daripada ekstrak buah pic, menjadikan rambut dua kali lebih lembut untuk hasil yang lebih berkilau. Manakala, koleksi Sunsilk Natural Long Hair pula menggabungkan protein tumbuhan dan ekstrak mil oat untuk mengekalkan kelembapan dalam serat rambut dari akar ke hujung, menghasilkan rambut 10 kali lebih kuat.
Rebut peluang memenangi percutian ke Jepun dengan Peraduan Sunsilk Miracle Care!
Bersempena dengan pelancaran rangkaian Sunsilk Natural Bio Active, Sunsilk teruja untuk menganjurkan Peraduan Sunsilk Miracle Care, di mana para peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik, termasuk percutian untuk dua orang ke Jepun. Dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2024, pembelian mana-mana produk Sunsilk dari Watsons Malaysia, di kedai atau dalam talian, akan dilayakkan untuk menyertai peraduan ini. Peserta hanya perlu mengimbas kod QR yang akan membawa mereka ke halaman utama bagi memuat naik resit mereka dan menjawab soalan yang mudah. Untuk menyertai peraduan ini, daftarkan penyertaan anda di SINI.
Sunsilk berhasrat untuk terus menawarkan produk penjagaan rambut yang mudah didapati dan sesuai untuk semua pengguna. Pengguna kini boleh mendapatkan rangkaian Sunsilk Natural Bio Active secara eksklusif di kedai Watsons Malaysia seluruh negara dan dalam talian.
Comments
Post a Comment