5 FAKTA COKLAT UNTUK MEMANISKAN HARI COKLAT SEDUNIA ANDA DI PAVILION BUKIT JALIL
Wahai penggemar coklat, marilah kita raikan Hari Coklat Sedunia yang jatuh pada tanggal 7 Julai dengan mencuba pelbagai jenis makanan dan juga minuman bercoklat di Pavilion Bukit Jalil.
Berikutnya, kami kongsikan 5 fakta ringkas mengenai coklat, snek manisan yang tertua di dunia sempena Hari Coklat Sedunia.
Coklat ditemui 1500 tahun sebelum Masihi.
Coklat merupakan satu-satunya manisan yang malar segar! Lebih 3,000 tahun yang lampau, di abad 1500 sebelum Masihi, orang Mayan dan Aztec telah menemui coklat dan menganggap ia sebagai anugerah dari Tuhan. Anda juga boleh menikmati anugerah ini di ROYCE, dengan coklat yang diperbuat daripada koko berkualiti tinggi dan dicampurkan dengan pelbagai perisa. Paris Baguette menawarkan minuman berais coklat manis yang menjadi kegemaran ramai.
Christine’s Bakery pula membawakan perisa coklat dalam pelbagai roti dan pastri yang dihasilkan segar setiap hari. Jangan lupa untuk mencuba bagel ‘Choco-Bliss’ yang baru dilancarkan.
Lokaso:
ROYCE’, Level 1 (Orange Zone)
Paris Baguette, Level 3 (Orange Zone)
Christine’s Bakery, Level 3 (Orange Zone)
Angkasawan boleh membawa coklat ke angkasa!
Angkasawan masih dapat menikmati keenakan coklat walaupun berada di angkasa. Mereka dibenarkan untuk membawa coklat sebagai makanan "bonus". Walau bagaimanapun, coklat yang mereka bawa haruslah selamat untuk dimakan di angkasa, bukan coklat yang cair atau bersuhu panas.
Di Bumi, kita dapat menikmati coklat dalam pelbagai rupa. Nikmatilah King Waffle yang menjadi hidangan kegemaran ramai di Asuka Cafe. Street Churros adalah lebih enak apabila dicicah dengan sos coklat yang pekat dan penuh rasa coklat. Molten Chocolate Cafe menawarkan pelbagai jenis hidangan dengan coklat seperti minuman, aiskrim, fondue dan sebagainya!
Lokasi:
Asuka Cafe, Level 4 (Pink Zone)
Molten Chocolate Cafe, Level 5 (Pink Zone)
Saiz coklat yang terbesar di dunia adalah 4,125 kaki persegi
Anda mungkin tidak akan dapat menghabiskan coklat terbesar itu. Kita tidak perlu mencari saiz coklat yang besar kerana ia juga hadir dalam bentuk yang kecil tetapi penuh rasa coklat. Berkunjunglah ke Chez Choux untuk mendapatkan chocolate eclair cream puff mereka yang menjadi kegemaran ramai. Vanilla Mille Crepe pula menampilkan kek Choco Pick Me Up yang berkrim dan penuh rasa coklat. myEureka Snack menawarkan bertih jagung yang bersalut pelbagai perisa termasuk coklat!
Lokasi:
Chez Choux, Level 1 (Orange Zone)
Vanilla Mille Crepe, Level 1 (Orange Zone)
myEureka Snack, Level 1 (Orange Zone)
Cip coklat dicipta dengan tidak sengaja!
Cip coklat telah dicipta oleh seorang pemilik rumah tumpangan Ruth Graves Wakefield dalam tahun 1930. Dapatkan cookie cip coklat Famous Amos yang terkenal. Jika anda inginkan kelainan, cookie cip coklat Belgian daripada Lavender pasti akan menambat selera anda. Jangan lupa untuk mencuba Dark Chocolate Zus Bites di Zus Coffee.
Lokasi:
Famous Amos, Level 1 (Orange Zone)
Lavender, Level 1 (Orange Zone)
Zus Coffee, Level 1 (Pink Zone)
Trend menambahkan topping coklat ke atas aiskrim bermula pada tahun 1920-an
Harry Burt adalah orang yang pertama yang menggandingkan aiskrim dengan sos coklat. Singgah sebentar di llaollao dan nikmati yoghurt beku dengan pelbagai topping yang enak termasuk coklat.
Nikmatilah aiskrim Baskin Robbins yang popular iaitu Chocolate Overload untuk cita rasa coklat yang kaya dan enak. MIXUE pula menawarkan aiskrim yang lebih murah seperti classic chocolate sundae dan indulgent cookie sundae.
Lokasi:
llaollao, Level 1 (Pink Zone)
Baskin Robbins, Level 3 (Orange Zone)
MIXUE, Level 5 (Orange Zone)
Untuk maklumat lanjut tentang kedai-kedai yang mengambil bahagian, sila layari www.pavilion-bukitjalil.com, ikuti Facebook, Instagram, atau hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan di talian 03 8092 8833.
Feature photo by: Image by cookie_studio on Freepik
Comments
Post a Comment