FESTIVAL DURIAN GENTING 2024: KEMBALINYA RAJA SEGALA BUAH-BUAHAN
Raja Buah kembali dan lebih meriah dari sebelumnya! 2024 Genting Durian Festival: The King Returns akan berlangsung pada setiap hari sehingga 22 September 2024, dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam di Tempat Letak Kereta Luar Highlands Hotel dan Genting Grand Boulevard Walk.
Festival Durian tahun ini menjanjikan pelbagai durian gred premium yang menyelerakan daripada tujuh penjual berbeza. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai rasa unik seperti Musang King B, A, AA, Black Thorn, XO, Red Prawn, D24, Golden Phoenix, D101, Black Pearl, dan D24 Sultan.
Berita gembira untuk semua peminat durian! Kini anda boleh merasai Durian Omakase dengan hanya RM188 seorang. Nikmati durian Musang King, Black Thorn, Sultan King, dan Red Flesh serta bandingkan rasa unik mereka tanpa had kuantiti selama satu jam.
Promosi eksklusif ini ditawarkan pada setiap hari dari jam 4 petang hingga 8 malam di Tempat Letak Kereta di hadapan Highlands Hotel. Anda juga akan menerima sebiji kelapa muda secara percuma untuk menyejukkan badan.
Sertai festival tahunan yang dinanti-nantikan ini untuk menikmati durian yang lazat di ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut. Suasana meriah dan cuaca yang sejuk pasti dapat memberikan pengalaman yang unik bersama keluarga, rakan-rakan, dan peminat durian. Jangan lepaskan peluang ini untuk merapatkan hubungan sambil menikmati satu gigitan yang memuaskan!
Jom beramai-ramai ke Festival Durian Genting untuk merasai pengalaman menikmati Raja Buah di Resorts World Genting. Untuk maklumat lanjut, sila layari rwgenting.com atau ikuti saluran media sosial rasmi https://www.facebook.com/ResortsWorldGenting
Comments
Post a Comment