MENANG HADIAH UTAMA WANG BERBELANJA RM1 JUTA DALAM KEMPEN LICENCE TO WIN


Kempen membeli-belah ikonik di lapangan terbang, Licence to Win (LTW) kembali dengan penuh keterujaan tahun ini! Bermula dari 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024, edisi tahun ini menjanjikan keseronokan dan ganjaran yang tiada tandingan iaitu baucar membeli-belah bernilai RM1 juta, bersama dengan hadiah-hadiah menarik yang lain untuk dimenangi. Kempen yang dinanti-nantikan ini dimulakan dengan pelancaran yang gilang-gemilang di Sentul Pavilion, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diserikan dengan penampilan artis dan pempengaruh tempatan termasuk Alif Satar, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Daiyan Trisha, Nazreem Musa, Azfar Heri dan ramai lagi.


Para tetamu, yang berpakaian mewah seperti ejen rahsia dan femme fatale, melangkah ke majlis pelancaran yang penuh aksi umpama adegan dari filem perisik blockbuster. Sasarannya? Sebuah peti besi yang berkilauan yang melambangkan hadiah utama RM1 juta. Adrenalin semakin meningkat apabila seorang ejen rahsia kelihatan melompat dari helikopter dan dengan pantas memasuki dewan dengan membawa beg misi. Dengan tema “Million Possible”, gimik pelancaran tersebut menggabungkan aksi mendebarkan filem perisik dengan keanggunan gaya dalam suasana eksklusif yang membuat semua hadirin terpukau.

Pada tahun 2019, Malaysia Airports mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 27% melalui kempen Licence To Win 2019, dengan resit jualan melebihi RM178 juta. Jason Goh yang berusia 25 tahun memandu pulang dengan McLaren 570S Coupe, pemenang hadiah utama LTW 2019.


“Kami teruja untuk membawa kembali Licence to Win 2024 untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang unik dan memberi ganjaran kepada para pelanggan kami. Inisiatif ini selaras dengan Strategi Reset Komersial kami untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan tawaran runcit yang menarik di Malaysia Airports. Sejak 2019, kami telah memperluaskan tawaran runcit kami menarik lebih ramai pengunjung. Dengan memperkenalkan pelbagai jenis kedai baru, kami berhasrat untuk menyediakan pelbagai pilihan yang memenuhi setiap cita rasa orang ramai. Ini merupakan peluang yang baik untuk memperkenalkan landskap runcit kami yang meriah dan meningkatkan jualan peruncit lapangan terbang kami. Kami menyasarkan untuk mencapai lebih daripada RM200 juta dalam resit jualan daripada LTW 2024 tahun ini,” kata Hani Ezra Hussin, Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Komersial untuk Malaysia Airports.


Untuk menyertai kempen Licence To Win 2024, pembeli dan pengunjung boleh menghantar penyertaan mereka secara dalam talian melalui laman web rasmi kempen https://licencetowin.com.my/ atau secara manual melalui borang penyertaan atau kiosk digital.

Mekanisme Kempen: 
  • Belanja minimum RM350 pada satu resit. Tunjukkan maksimum dua resit pada hari yang sama untuk layak mendapat satu penyertaan. 
  • Belanja minimum RM350 di mana-mana kedai Eraman untuk mendapatkan dua penyertaan. 
  • Lapangan terbang yang mengambil bahagian: KUL Terminal 1 & 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH).
Ganjaran Pencapaian Misi: 
  • Hadiah Utama Baucar Beli-belah RM1,000,000 
  • Hadiah Pertama Baucar Beli-belah RM50,000 di Eraman 
  • Hadiah Kedua Baucar Beli-belah RM30,000 
  • Hadiah Ketiga Baucar Beli-belah RM20,000 
  • Misi Sampingan: Hadiah Bulanan Baucar Beli-belah RM2,000 (4 pemenang bulanan) 
  • Hadiah Bonus: Baucar Beli-belah RM10,000 Eksklusif untuk Penyertaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.malaysiaairports.com.my dan ikuti laman Instagram dan Facebook di @shopmyairports.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN