98,000 MURID TERIMA MANFAAT KERJASAMA PROGRAM KASIH REMAJA: ADVOKASI SRH, KOTEX MALAYSIA SETAKAT INI


Acara peringkat kebangsaan Program Kasih Remaja: Advokasi SRH oleh LPPKN yang dijalankan dengan kerjasama Kotex Malaysia telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan isteri kepada YAB Perdana Menteri di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada hari ini.

Strategi pelaksanaan program KASIH Remaja secara 3Ps (public private partnership) ini akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, NGO dan swasta selari dengan Dasar dan Pelan Tindakan PEKERTI 2022-2025 iaitu menekankan usaha untuk menyebarluaskan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kepada golongan remaja di seluruh negara. Program Advokasi SRH ini akan memberi tumpuan pada empat (4) komponen pelaksanaan yang merangkumi i) Program Advokasi SRH, ii) Kit Pembelajaran Kendiri Advokasi SRH, iii) Kaunseling SRH Remaja dan Klinik KafeTEEN, dan iv) Pemberian Kit Pengurusan Kebersihan Diri.

Kotex Malaysia akan menyokong komponen i, ii, iv di mana pencipta tuala wanita terkemuka itu telah memberi komitmen untuk menyumbang 600,000 kit pengurusan haid Kotex. Setiap kit dilengkapi dengan tuala wanita Kotex Soft and Smooth dan pantyliner Kotex Daily Fresh serta bahan pendidikan bercetak yang berkenaan.


“Kerjasama ini telah memanfaatkan seramai 98,000 remaja perempuan Malaysia setakat ini dan dijangka secara seluruh, akan melibatkan 200,000 orang pada akhir tahun ini,” kata En Lim Yu Chien, Pengarah Urusan, Kimberly-Clark Malaysia.

Selain itu, Encik Lim juga berkata bahawa Kotex Malaysia telah menghasilkan dua kandungan video pendidikan haid dan SRH yang akan ditayangkan di sekolah. “Kami telah berunding dengan pasukan pakar perubatan, pendidik dan pekerja NGO wanita untuk kandungan kedua-dua video pendidikan untuk memastikan ia berkualiti dan bersesuian untuk masyarakat Malaysia”.

Menurut beliau, video pertama memberi penekanan kepada pendidikan haid dan merangkumi segala-galanya daripada haid pertama, sindrom pra-haid, kitaran yang sihat, amalan kebersihan haid dan banyak lagi. Manakala video kedua merangkumi kesihatan reproduktif, hak badan, dan lain-lain lagi.

Sebuah kajian Kotex Malaysia telah mendedahkan bahawa 50% murid perempuan ingin memonteng sekolah masa datang bulan dan 50% murid perempuan tidak yakin dengan diri mereka masa datang bulan.

“Isu-isu terbangkit akibat stigma dan tabu haid dan murid-murid tidak mempunyai maklumat yang mencukupi berkenaan haid. Sebagai jenama yang percaya bahawa wanita tidak patut dihadkan oleh haidnya, kami rasa penting juga untuk murid-murid dilengkapi dengan pengetahuan untuk mengurus haid dan menjaga diri mereka dengan bermaruah. Harapan kami adalah untuk mengikis stigma haid sekaligus,” kata En Lim.

Majlis pelancaran tersebut disertai 500 orang pelajar. Sebelum majlis utama, empat taklimat telah dijalankan oleh beberapa agensi Kerajaan untuk memberikan murid-murid pengetahuan mengenai pelbagai topik termasuk advokasi anti gangguan seksual, promosi hak kanak-kanak dan ketahanan emosi.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA