20 KUMPULAN TARIAN SINGA TERKEMUKA NEGARA BAKAL BERSAING DI RESORTS WORLD GENTING UNTUK KEJOHANAN TARIAN SINGA KEBANGSAAN MALAYSIA KALI KE 20


Kejuaraan Tarian Singa Kebangsaan Malaysia ke-20 yang amat dinanti-nantikan kini kembali. Pasukan tarian singa terbaik dari seluruh negara akan bersaing untuk merebut gelaran juara dalam pertandingan tersebut di Arena of Stars pada 21 dan 22 September ini!

Resorts World Genting (RWG) telah menjadi tuan rumah Kejohanan Tarian Singa Kebangsaan Malaysia sejak penubuhannya. RWG sekali lagi akan mengulangi kemeriahan sorakkan dari peminat yang akan meraikan kemenangan untuk pasukan kegemaran mereka dalam pertandingan tarian singa yang paling berprestij di Malaysia!

Tarian Singa ini merupakan satu bentuk seni budaya Cina yang dihormati yang telah wujud sejak beberapa abad yang lalu, kini ianya kembali semula bagi memikat hati penonton melalui persembahan gerakan tarian graviti berirama di atas kayu galah dengan diringi bunyi gendang yang pastinya bergema di ruang udara Arena of Stars ini.


Kejohanan Tarian Singa Kebangsaan Malaysia ke-20 ini, bermula dengan pertandingan peringkat serantau. Pertandingan ini telah pun bermula dari bulan Jun yang mana telah disertai oleh 80 pasukan dan hanya 20 pasukan terbaik akan layak mengambil bahagian ke peringkat separuh akhir.

Pada sidang akhbar dan sesi cabutan undi separuh akhir di Times Square hari ini, Penolong Naib Presiden Kanan bagi Acara & Hiburan RWG, Roger Ong berkata, "Resorts World Genting amat berbangga kerana dapat mempamerkan sukan ekstrem yang popular ini dengan menjadi tuan rumah buat kali ke-20!”


“Kini, Tarian singa telah pun melangkaui batasan jantina dan etnik, menjadi lambang kepelbagaian budaya Malaysia. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Persekutuan Persatuan Tarian Naga & Singa Selangor dan Wilayah Persekutuan

“Tarian singa ini telah melampaui jurang gender dan etnik, ia juga menjadi lambang kepelbagaian budaya Malaysia. Kami amat berasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan Persatuan Tarian Naga & Singa Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam menjayakan persembahan budaya dan kehebatan Cina di puncak Genting!” tambah beliau.

Dua puluh (20) pasukan bakal bersaing untuk ke perlawanan akhir, di mana hanya sepuluh (10) pasukan yang terbaik akan terpilih. Selain itu, pasukan-pasukan peserta juga akan bersaing untuk memenangi Anugerah Gerakan Tarian Sukar Terbaik. Kejohanan Tarian Singa Kebangsaan Malaysia kali ini menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan dan tertinggi melebihi RM85,000 untuk dimenangi.


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan menarik bertenaga secara langsung di Arena of Stars pada bulan September ini! Kejohanan Tarian Singa Kebangsaan Malaysia juga disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Anda boleh dapatkan pas selama dua (2) hari untuk menyaksikan kejohanan separuh akhir dan akhir pada 21 dan 22 September dengan harga RM250/250.00GP (PS1/ tempat duduk khas) atau RM150/150.00GP (PS2/ tempat duduk bebas). Tiket ini boleh dibeli secara tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting dengan caj pemprosesan sebanyak RM4. Tiket akan tersedia untuk dibeli pada 11 Julai 2024 mulai jam 12 tengah hari.

Tetamu yang membawa kanak-kanak perlu mengemukakan pas kanak-kanak yang sah. Tiket kanak-kanak standard adalah RM26 bagi setiap persembahan, dan kanak-kanak yang di bawah 95cm perlu duduk di pangkuan orang dewasa. Untuk maklumat lanjut, lawati rwgenting.com atau laman media sosial rasmi RWG.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN