AKSES PERCUMA SEMUA SALURAN BAGI PELANGGAN PEK SUKAN ASTRO



Astro dengan berbesar hati menawarkan lebih banyak pilihan sajian kandungan kepada pelanggan Pek Sukan dengan memberi akses komplimentari untuk menonton SEMUA saluran Astro*, mulai hari ini hingga 30 April 2020.

Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata, “Situasi pandemik COVID-19 yang kian menular menyebabkan banyak acara sukan di peringkat global ditunda oleh pihak penganjur. Terdahulu, kami telah mengumumkan bahawa pelanggan setia Pek Sukan Astro akan menikmati akses untuk menonton UEFA Euro 2020 secara percuma. Kami komited untuk berbuat demikian apabila perlawanan ini bermula pada tarikh baharu, 11 Jun hingga 11 Julai 2021.”

Sementara dunia menghadapi situasi mencabar untuk mengekang pandemik COVID-19 dari menular dengan lebih serius, Astro terus komited untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua peminat sukan di Malaysia. Kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pembekal kandungan sukan untuk menyajikan hanya yang terbaik buat setiap pelanggan Astro.

*Untuk pelanggan Residensi sahaja, pembelian filem / acara ‘Pay Per View’ adalah terkecuali.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!