COVID-19: FOODPANDA PASTIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN RIDER



Ketika wabak COVID-19 terus menular di seluruh Asia, platform penghantaran makanan utama, foodpanda, terus memastikan kesihatan dan langkah-langkah keselamatan tersedia untuk ridernya. foodpanda telah memperkenalkan strategi perkongsian komunikasi dan informasi kepada rider mereka untuk memastikan segala informasi dimaklumkan secara efektif sepanjang tempoh genting ini.

Dalam memupuk persekitaran sekuriti, keselamatan yang telus, foodpanda telah melaksanakan langkah-langkah dan cadangan untuk mengutamakan perihal kesejahteraan rider seperti berikut:

  • Pakai topeng muka sepanjang tempoh kerja, 
  • Basuh tangan dengan kerap dengan penggunaan air dan sabun, 
  • Guna cecair pembasmi kuman tangan / sanitizer tangan sebelum dan selepas setiap penghantaran, 
  • Kepilkan beg kertas dan tutup tudung bekas makanan dengan rapi, 
  • Pensterilan beg penghantaran atau beg haba mereka 
  • Jika mereka menunjukkan tandan-tanda kurang sihat atau sakit, mereka dikehendaki berjumpa dengan doktor dengan kadar segera foodpanda akan menyediakan bantuan kewangan kepada rider-rider yang didapati terlibat dengan wabak COVID-19. 

Di bawah pelan perlindungan pendapatan yang diperkenalkan oleh syarikat, rider-rider foodpanda yang diletakkan di bawah tempoh kuarantin layak menerima elaun sebanyak RM300. Manakala rider-rider yang disahkan positif untuk COVID-19 akan menerima elaun sebanyak RM1,000 daripada foodpanda.

Shubham Saran, Ketua Bahagian Logistik, menerangkan “Sepanjang tempoh sensitif ini, kami amat metitikberatkan perkongsian informasi terkini dengan rider kami, untuk memastikan segala keselamatan dan kesihatan mereka sepanjang tempoh shif/kerja. Kami juga kini sedang menyediakan lebih banyak bahan berinfomasi sebagai panduan, juga sebagai langkah kontingensi jika diperlukan. Kami amat komited dalam memberikan yang terbaik buat pelanggan, rakan-rakan restoran dan rider – dan mahu memastikan kesihatan rider kami semua terjamin.”

Sehubungan dengan ini, foodpanda telah menyediakan saluran komunikasi telegram khusus untuk semua riderkami untuk mendapatkan maklumat tentang segala perkembangan terkini, dan juga untuk menggalakkan perkongsian informasi.

Jaminan kualiti dan langkah-langkah kebersihan diri adalah digalakkan dan dikemas-kini secara kerap. Operasi penghantaran akan dipantau dan pelarasan akan dibuat sejajar dengan cadangan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH). 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU