COVID-19: BINTANG-BINTANG HEBAT SERTAI KONSERT #WONDADIRUMAH
Sebagai salah satu peneraju utama jenama kopi sedia diminum (RTD) di Malaysia, Kopi WONDA akan membawakan Konsert #WONDADiRumah, konsert dari rumah yang pertama di Malaysia!
Konsert #WONDADiRumah akan membariskan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang akan membuat persembahan dari rumah mereka sendiri melalui siaran langsung.
Konsert dari rumah yang unik ini pertama kali diperkenalkan di Malaysia, berbekalkan hasrat untuk menghiburkan orang ramai sepanjang tujuh hari sewaktu berkuat kuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Dengan Konsert #WONDADiRumah, Kopi WONDA ingin menggalakkan orang ramai untuk tinggal di rumah, kekal terhibur dan yang paling penting sekali, mengutamakan keselamatan.
Konsert #WONDADiRumah bakal menampilkan artis-artis Malaysia yang berlainan pada setiap hari, dan setiap sesi konsert ini akan berlangsung selama 30 minit di Astro Ria atau ERA IG TV pada jam 6:30 petang mulai 25 Mac hingga 31 Mac 2020.
Barisan artis-artis yang hangat lagi berbakat akan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka, dan mereka terdiri daripada Aizat Amdan, Noh Salleh, Syamel, Zizi Kirana, Haqiem Rusli, Akim dan Stacy.
“Kami menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang disumbangkan oleh semua pihak, termasuk Astro, para artis dan rakan kongsi, untuk merealisasikan Konsert #WONDADiRumah dalam masa yang singkat. Sementara kita cuba mengharungi kemelut semasa, kami percaya kami memiliki tanggungjawab untuk meneroka kaedah baharu yang berupaya untuk menggalakkan orang ramai tinggal di rumah sambil membekalkan mereka hiburan dan cuba melalui detik ini dengan sikap yang optimistik,” ujar Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif di Etika.
Etika bukan sahaja membawakan konsert dari rumah untuk warga Malaysia, malah turut menawarkan ganjaran atas kerjasama yang diberikan dalam mematuhi seruan kerajaan.
Kopi WONDA akan menganjurkan cabaran harian – Cabaran #WONDADiRumah berdasarkan tema hari tertentu yang memberikan peluang kepada orang ramai untuk memenangi e-baucar bernilai sehingga RM14,000!
Pengumuman mengenai cabaran harian ini akan dibuat pada setiap pagi oleh ERA di laman Instagram mereka atau di radio, dan para pelanggan perlu memuat naik penyertaan mereka (video atau foto) dengan mengetag @era.je bersama tanda pagar #WONDADiRumah.
Sepanjang kempen ini, 4 pemenang akan diumumkan pada setiap hari yang akan membawa pulang e-baucar Shopee bernilai RM500, e-baucar ini boleh digunakan secara eksklusif di kedai dalam talian rasmi milik Etika.
Saluran runcit dalam talian yang baharu tersebut direalisasikan oleh usaha sama yang dijalin oleh Etika dan Shopee, serta ia memberikan para pelanggan kemudahan untuk mendapatkan minuman kegemaran mereka tanpa meninggalkan rumah masing-masing.
Etika ingin membolehkan warga Malaysia terus menikmati minuman kegemaran mereka seperti Kopi WONDA, Susu Goodday, Pepsi, Tropicana Twister dan lain-lain, walaupun ketika berada di rumah.
Puaskan deria rasa dan pendengaran anda
Ketika situasi terkini berpanjangan, Etika ingin menggalakkan warga Malaysia meminimumkan pergerakan dalam usaha mereka untuk mendapatkan barangan keperluan dan makanan. Oleh itu, pembelian panik perlulah dielakkan, dan orang ramai disyorkan untuk menggunakan alternatif pembelian dalam talian untuk meminimumkan risiko penyebaran virus.
Bagi para pelanggan yang ingin mendapatkan makanan, Etika sedang mengadakan promosi istimewa bersama myNEWS, Domino’s Pizza yang akan memenuhi pesanan makanan anda dengan membuat penghantaran terus ke rumah anda dan juga Shopee untuk pembelian dalam talian untuk Kopi WONDA 3-dalam-1.
Orang ramai boleh mendapatkan tawaran istimewa seperti Maru Bento yang lazat daripada myNEWS dengan WONDA Booster atau Tropicana Twister melalui myNEWS Dash atau Grab Mart, anda boleh membuat pembelian dari laman web mynewsdash.my atau aplikasi Grab mulai 25 hingga 14 April 2020.
Bagi Domino’s Pizza pula, mulai 25 Mac hingga 19 April 2020, Domino’s menawarkan potongan harga 50% untuk Pepsi 1.5L dengan setiap pembelian Beli 1 Percuma 2 dan alami “Zero Contact Delivery” Domino’s. Gunakan kod ‘ZERO1’ di www.dominos.com.my atau aplikasi Domino’s Pizza Malaysia.
Sementara itu, warga Malaysia juga boleh membeli Kopi Premium WONDA 3-Dalam-1dengan variasi Kopi Tarik, Original dan Mocha pada bila-bila masa di Shopee dan menerima penghantaran terus ke rumah, pesanan boleh dibuat dengan melayari pautan ini: shopee.com.my/etika.os.
“Kami ingin memberi motivasi dan galakan kepada orang ramai untuk terus memainkan peranan mereka sepanjang penguatkuasaan MCO. Kami yakin bahawa dengan bekerjasama, kita dapat mengharungi kemelut ini. Di Etika, kami beraspirasi untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada warga Malaysia, membekalkan keseronokan dan hiburan, dan pada masa yang sama, mengutamakan keselamatan,” simpul Santharuban.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert #WONDADiRumah dan sertai Cabaran harian #WONDADiRumah untuk memenangi e-baucar bernilai RM14,000 mulai 25 Mac hingga akhir bulan ini, jam 6.30 petang di Astro Ria atau ERA IGTV!
Maklumat lanjut mengenai WONDA Coffee dan kempen-kempen yang akan datang boleh didapati di www.facebook.com/WondaCoffeeMalaysia.
Comments
Post a Comment