BETTO KHAI KETENGAHKAN SINGLE BAHARU "JANJIMU"



“JANJIMU”, single terbaru daripada Betto Khai dalam industri muzik. Mohammad Khairul bin Masian atau lebih dikenali sebagai Betto Khai merupakan penyanyi tanah air yang berasal dari Meru Klang yang mengetengahkan genre-genre Pop Balada.

Menurut Betto Khai, beliau mula menceburi bidang muzik atas dorongan ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong sejak dari bangku sekolah.

Lagu dan lirik oleh Betto Khai (Media Asia Production Sdn Bhd) Janjimu ini mengisahkan tentang kisah percintaan di mana seorang lelaki mengalami kekeliruan dan ragu-ragu terhadap kesetiaan pasangannya.

“Lagu ini saya dapat inspirasi berdasarkan pengalaman sekeliling dan diri saya sendiri juga yang pernah dicurangi bekas kekasih. Daripada pengalaman tersebut membuat saya lebih berhati-hati dalam sesebuah perhubungan,”katanya.

Tampil dengan genre Pop Balada, Betto berharap lagu ini diterima baik pendengar dan menyokong karya-karya beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni.

Lirik video rasmi Janjimu edaran Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music) ini bakal menemui pendengar pada 12 Febuari 2020 di saluran Youtube dan juga boleh didapati di streaming platform muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox,  Deezer, dan juga Apple Music.

Kenali Betto Khai :
1. Bergiat aktif dalam sukan dan pernah bermain dalam liga Selangor
2. Duta Toyota 2019
3. Pernah muncul dengan single Anugerah Cinta dan Terpisah Jua
4. Pernah menjuarai beberapa pertandingan nyanyian :
  • Meru Ekpo pada tahun 2014
  • UMW Idol pada tahun 2014
  • Plaza Masalam pada tahun 2015
Follow Betto Khai :
Instagram : bettokhai07
Facebook : Betto Official
Twitter : 07_betto
Tik Tok : Betto Khai 07
Youtube : Bettokhai channel


Comments

Popular Posts