UNIFI TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PELANGGAN SEPANJANG PKP



Berikutan pengumuman lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), unifi sebagai pemacu sambungan dan gaya hidup digital Negara, memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa kesemua tawaran yang telahpun diumumkan oleh unifi bagi membantu memudahkan pengalaman mereka semasa berada di rumah akan diteruskan sehingga 14 April 2020.

Penawaran unik unifi adalah sentiasa berkenaan pelan-pelan tanpa had bagi kediaman dan mudah alih. unifi kini menawarkan pelan-pelan data mudah alih yang lebih fleksibel, terutamanya dalam keadaan semasa di mana lebih ramai rakyat Malaysia kini bekerja dari rumah serta memerlukan lebih banyak pilihan hiburan. 

Minggu lalu, unifi telah mengumumkan tawaran: Pas hotspot LTE 999GB PERCUMA untuk pelan unifi mudah alih tanpa had, pas data LTE tanpa had selama 7 hari untuk pelan mudah alih prabayar #BEBAS, dan akses PERCUMA untuk semua saluran unifi TV termasuk saluran premium dan potongan 20% bagi pembelian Video-on-demand; dalam usaha untuk membantu pelanggan untuk kekal berhubung semasa mereka menjalankan tugasan, belajar dan meluangkan masa bersama orang tersayang di rumah masing-masing semasa tempoh PKP. 

Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersil, TM berkata, “Kami sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara dan rakyat. Oleh yang demikian, kami melanjutkan kesemua langkah sokongan yang telahpun diumumkan sebelum ini sehingga 14 April 2020 berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan”. 

“Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, yang merupakan tulang belakang ekonomi negara, unifi membantu menghubungkan mereka kepada pelbagai pilihan penyelesaian yang membolehkan PKS kekal produktif sepanjang tempoh pergerakan terhad ini. Kami telah mengenal pasti tiga (3) cabaran utama perniagaan sepanjang PKP – mengekalkan kesalinghubungan, peluang pemasaran yang terhad dan pembiayaan yang fleksibel. Kami di unifi mahu menghubungkan pelanggan kepada penyelesaian yang membolehkan perniagaan mereka kekal tangkas, mengatasi halangan dan meneruskan peranan sebagai pembekal produk dan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat,” Anand menambah. 

unifi juga ingin mengingatkan PKS untuk memanfaatkan pas hotspot LTE 999GB PERCUMA supaya perniagaan dan pekerja mereka boleh bekerja dari rumah tanpa sebarang kerisauan tentang kehabisan data hotspot mereka. Ini akan turut menggalakkan mereka menggunakan alatan produktiviti dalam talian pilihan mereka (sebagai contoh G Suite untuk mencipta dokumen atau Zoom untuk persidangan video) bagi membolehkan mereka menyelesaikan tugasan secara lebih efektif di rumah. 

Semua pelanggan PKS unifi akan diberikan akses percuma ke platform Penyelesaian Pemasaran Digital (Digital Marketing Solutions) bersepadu unifi. Platform ini memberikan pengguna akses mudah kepada alatan pemasaran digital seperti Instaweb, Google Ads, dan Facebook Ads. Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga 20 peratus apabila mereka melanggan peralatan ini. Mereka yang berminat boleh melayari www.yellowpages.my untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Sebagai tambahan kepada langkah-langkah di atas, perniagaan yang ingin mendapatkan sokongan kewangan boleh berbincang dengan rakan usahasama unifi, SME Bank dan RHB Bank. Di bawah arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kedua-dua bank boleh mengeluarkan dana sehingga RM1 juta kepada setiap syarikat dan menyediakan moratorium bagi pembayaran semula sehingga enam (6) bulan. Untuk memohon pilihan pembiayaan ini, pelanggan boleh melayari www.smebank.com.my (SME Bank) atau menghubungi talian 03-9206 8118 (RHB Bank). 

Bagi pelanggan unifi yang memerlukan sokongan teknikal atau bantuan berkenaan akaun mereka, unifi ingin menasihatkan agar mereka menggunakan sepenuhnya saluran khidmat pelanggan digital bagi mengehadkan keperluan interaksi secara fizikal dan seterusnya mengurangkan sebarang risiko. Saluran-saluran ini termasuklah portal khidmat pelanggan di laman web unifi, aplikasi myunifi, dan platform media sosial di Facebook @weareunifi dan Twitter @helpmeunifi. Para pelanggan boleh menguruskan akaun, melakukan penyelesaian masalah yang mudah dan berinteraksi secara langsung dengan perunding perkhidmatan unifi yang sentiasa bersedia untuk memberikan panduan atau bantuan. 

unifi akan terus memantau sebarang perkembangan situasi semasa dan akan menyesuaikan perkhidmatannya bagi membantu para pelanggan,pada bila-bila masa yang diperlukan, kerana keselamatan anggota dan orang awam sentiasa menjadi keutamaan kami. unifi berharap agar para pelanggan kami akan kekal sihat dan selamat sepanjang tempoh PKP ini dan mengingatkan mereka untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengekalkan jarak antara satu sama lain (social distancing) dan menjaga kebersihan diri bagi mengurangkan risiko dan penyebaran virus. 

Maklumat Tambahan: 

Kemaskini Perkembangan Terbaharu bagi Kesemua Pusat Khidmat Pelanggan TM sepanjang tempoh lanjutan PKP 

TMpoint 
Kesemua premis TMpoint di seluruh negara adalah ditutup 

Pusat Khidmat Pelanggan TM di 100, Live Chat, Media Sosial dan e-mel 
Waktu Operasi: 7.00pagi sehingga 9.00 malam 

Pemasangan dan Baikpulih 
Kesemua aktiviti pemasangan di premis-premis pelanggan telah ditangguhkan. Aktiviti-aktiviti baikpulih rangkaian dan perkhidmatan yang tidak melibatkan keperluan untuk hadir ke dalam premis pelanggan akan diteruskan seperti biasa. Bagaimanapun, TM akan terus melakukan aktiviti pemasangan dan baikpulih di luar premis pelanggan serta di hospital, klinik dan agensi-agensi penting yang lain. 

Saluran-saluran Pembayaran 
  • Kesemua Kiosk Pembayaran TM di TMpoint tidak beroperasi 
  • Saluran bayaran tunai alternatif adalah di 7-Eleven, MyNews, Speedmart 99, KK Mart, dan Petronas 
  • Saluran bayaran digital alternatif melalui Autopay, portal layan diri di unifi.com.my, aplikasi myunifi, saluran pembayaran dalam talian menerusi bank pilihan anda menggunakan JomPAY dengan kod pengebilan TM (8888 untuk unifi Home, 2345 untuk Streamyx & Suara dan 3608 untuk unifi Mobile) serta melalui e-Wallet (aplikasi Boost). 

Saluran-saluran Digital 
Untuk maklumat lanjut, pertanyaan, khidmat pelanggan, langganan dan sebarang keperluan bantuan sokongan, layari www.unifi.com.my

Pelanggan turut boleh menghubungi unifi melalui saluran-saluran digital seperti berikut: 


*Nota: saluran-saluran digital ini akan dikendalikan antara 7.00 pagi hingga 9.00 malam

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING