NIKE PERKENALKAN KOLEKSI BAHARU - AIR MAX DAY 2020



Pada tarikh 26 Mac 1987, Nike telah memperkenalkan sneaker pertamanya yang menampilkan teknologi Air menerusi "tingkap tepi" lutsinar yang ikonik iaitu kasut the Air Max 1.

33 tahun kemudiannya, Nike meraikan platform berkusyen yang mencetuskan revolusi ini dengan satu koleksi baharu - Air Max Day 2020.

Untuk meraikan Air Max Day 2020, Nike memberi homage kepada iterasi Air Max yang terdahulu dalam tiga model kasut iaitu Air Max 2090, Air Max Duck Camo Pack dan Air Max 90 Metallic Pack.

Air Max 2090


Air Max Duck Camo Pack



Air Max 90 Metallic Pack




Koleksi Nike Air Max Day 2020 boleh didapati secara eksklusif di SNKRS dan kedai-kedai Nike terpilih mulai 26 Mac 2020.


Comments

Popular Posts