CANON PENERAJU KAMERA DIGITAL LENSA BOLEH TUKAR



Canon hari ini mengumumkan bahawa kamera-kamera digital lensa boleh tukar keluaran syarikat tersebut telah mengekalkan kedudukan No. 1 di pasaran global selama 17 tahun berturut-turut[1] dari 2003 hingga 2019. 

Canon menghasilkan komponen-komponen utama sistem pengimejan dalam siri kamera lensa boleh tukar EOS—pengesan imej CMOS, pemproses imej dan lensa boleh tukar—dengan konsep terasnya, “Kelajuan, Keselesaan dan Kualiti Imej Tinggi.” Menggabungkan rangkaian produk yang luas – dari model-model utama berprestasi tinggi yang amat dipercayai oleh golongan profesional hinggalah model aras permulaan yang membolehkan pengguna menikmati tangkapan imej kualiti tinggi dengan pengendalian mudah – Canon meneruskan usaha memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. 

Semasa permulaan era kamera digital SLR, Canon telah memperkenalkan EOS Kiss Digital (EOS Digital Rebel atau EOS 300D di rantau lain) pada September 2003. Kamera canggih dengan harga yang kompetitif dan rekaan yang kompak dan ringan ini telah berjaya memperoleh perkongsian yang besar dalam pasaran global dan membuka laluan untuk pertumbuhan pasaran digital SLR. Sejak itu, Canon telah memperkenalkan pelbagai produk yang hebat, termasuklah siri EOS-1D model profesional dan siri EOS 5D, yang menerajui rakaman video digital SLR. 

Canon memperkenalkan pelbagai kemungkinan baharu dalam ekspresi fotografi dengan pelancaran Sistem EOS R pada Oktober 2018. Dengan produk seperti kamera tanpa cermin bingkai penuh EOS R dan lensa RF yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi optik syarikat itu, produk-produk baharu tersebut membantu mengembangkan lagi Sistem Canon EOS. 

Pada tahun 2019, Canon telah melancarkan satu rangkaian produk-produk yang menarik[2] termasuk kamera tanpa cermin bingkai penuh EOS RP (Mac) dan EOS 90D DSLR (September). Dalam usaha mengembangkan lagi rangkaian produknya, Canon berjaya memperoleh perkongsian No. 1 dalam pasaran global untuk tahun yang ke-17 berturut-turut. 

Canon juga sedang menghasilkan kamera tanpa cermin bingkai penuh EOS R5, dilengkapi dengan pengesan CMOS bingkai penuh baharu dan menampilkan tangkapan berterusan berkelajuan tinggi untuk imej pegun dan rakaman video 8K. Bukan itu sahaja, syarikat ini juga sedang menghasilkan model-model lensa 9 RF, termasuk RF100-500mm F4.5-7.1 L IS USM, dan merancang untuk melancarkannya sepanjang tahun 2020. 

Canon akan terus mempertingkatkan teknologi pengimejannya yang pelbagai berdasarkan teknologi optik terasnya, untuk mengembang dan menghasilkan Sistem EOS yang lebih baik untuk kamera DSLR dan kamera tanpa cermin yang membuka pelbagai ruang baharu untuk tangkapan imej bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna dan menggalakkan penyebaran budaya foto dan video. 

Untuk maklumat lanjut, layari my.canon, atau ikuti laman Facebook Rasmi www.fb.com/CanonMalaysia dan laman Instagram Rasmi @canonmalaysia.




[1] Berdasarkan kaji selidik Canon.
[2] Canon melancarkan enam model lensa boleh tukar pada 2019: EOS RP (Mac), EOS 200D II (April), EOS 90D (September), EOS M6 Mark II (September), EOS M200 (Oktober), EOS Ra (Disember).

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING