COVID-19: KFC & PIZZAHUT MALAYSIA BANTU PERANGI WABAK



Kuala Lumpur, 30 Mac 2020 - QSR Brands (M) Holdings Berhad, pemilik francais dan pengendali restoran KFC dan Pizza Hut Malaysia, telah menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid-19 ini. Dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada 14 April 2020, kedua-dua jenama ini berikrar untuk meringankan beban petugas dan golongan yang terjejas sepanjang waktu PKP ini. 
Sejak bermulanya PKP, QSR Brands telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang membantu negara dalam situasi sukar ini. KFC dan Pizza Hut Malaysia sehingga kini telah menyumbang lebih 10,780 set makanan kepada para petugas kesihatan, bomba, polis, media, dan pekerja khidmat masyarakat di barisan hadapan; serta pelajar-pelajar universiti dan masyarakat yang kurang bernasib baik di lebih 100 lokasi di 13 buah negeri. Dianggarkan lebih kurang 20,000 set makanan bakal diterima oleh wira-wira negara kita, termasuk golongan yang memerlukan sepanjang tempoh PKP ini. 

Bagi merealisasikan inisiatif ini, KFC dan Pizza Hut bukan sahaja menggunakan khidmat penghantaran mereka yang sedia ada, malah bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen, sebuah badan bukan kerajaan, untuk mengedarkan makanan kepada komuniti terpinggir di sekitar Kuala Lumpur. Di samping itu, melalui kolaborasi strategik QSR Brands dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Kedah, Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Pusat Zakat Sabah, Jabatan Agama Islam Labuan dan Lembaga Zakat Selangor, organisasi-organisasi ini telah bersatu mengagihkan makanan kepada petugas barisan hadapan dan golongan yang kurang bernasib baik selaku menunaikan tanggungjawab yang dipegang teguh. 

Nehchal Khanna, Pengarah Urusan, QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Covid-19 adalah situasi yang mencabar bagi kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang terus bekerja tanpa mementingkan diri dalam suasana penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid-19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni mereka, kami ingin membantu menyediakan makanan secukupnya buat mereka setiap hari. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini dan memastikan keselamatan dan kesihatan anda terpelihara melalui keutamaan kami memastikan makanan yang disediakan di setiap restoran mengikuti tahap piawaian keselamatan dan kebersihan yang tertinggi.” 

“Sebagai peneraju dalam industri makanan dan restoran di Malaysia, kami berharap melalui usaha-usaha ini, ianya memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bersatu padu menghadapi waktu mencabar ini. Mari kita semua duduk di rumah dan jaga kebersihan diri. Setiap kali anda teringin hidangan KFC dan Pizza Hut, benarkan kami menghantarnya kepada anda melalui khidmat penghantaran ‘Contactless Delivery’ kami,” tambah Nehchal. 

QSR Brands meminta rakyat Malaysia untuk terus memainkan peranan masing-masing bagi membendung penularan wabak ini dengan mengamalkan kebersihan yang baik serta duduk di rumah. KFC dan Pizza Hut telah mengambil langkah berpatutan memastikan hidangan makanannya mudah diakses para pelanggan melalui beberapa kaedah penghantaran. Untuk memudahkan pelanggan mengharungi situasi Covid-19, KFC dan Pizza Hut Malaysia telah melancarkan khidmat penghantaran tanpa sentuh 'Contactless Delivery' di mana proses penghantaran dilakukan tanpa sentuhan di antara penghantar dan penerima makanan, sejajar dengan garis panduan kesihatan, sosial dan keselamatan kerajaan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat Penghantaran ‘Contactless Delivery’ KFC & Pizza Hut, sila layari www.kfc.com.my dan www.pizzahut.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI