COVID-19: KLOOK LANCAR INISIATIF "SALUTE OUR HEALTHCARE HEROES"



Bagi memberi sokongan kepada petugas kesihatan di saat yang getir ini, PULP, Salad Atelier, Rawsome dan US Pizza di Malaysia telah memperkenalkan sebuah inisiatif ‘Salute Our Healthcare Heroes’ di platform Klook. Inisiatif ini turut disokong oleh Ivy Holidays KL, sebagai pemberi khidmat logistik.

Rakyat Malaysia yang kini berada di rumah di bawah Perintah Kawal Pergerakan (PKP) boleh memberi penghargaan kepada petugas kesihatan yang bertungkus-lumus memerangi COVID-19 dengan membeli satu hidangan di laman web atau aplikasi mobil Klook. 

Mulai sekarang sehingga 31 Mac 2020, setiap pembelian hidangan dari penjual F&B yang terpilih di Klook akan ditukarkan kepada sumbangan makanan. Penjual juga akan memastikan petugas kesihatan akan menerima makanan yang cukup.

Selepas tamat tempoh untuk menderma pada 31 Mac 2020, Ivy Holidays KL akan menghantar makanan dari rakan F&B kepada hospital-hospital di Selangor mulai 1 April 2020.


Untuk menderma dan maklumat lanjut, sila klik di SINI..

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL