SNAPCHAT BANTU KURANGKAN MAKLUMAT SALAH COVID-19
Sebagai platform, Snapchat menghubungkan rakan dan keluarga rapat dan ini adalah sesuatu yang sangat penting sekarang. Snapchat dapat membantu Gen Z dan generasi millenial untuk terus berhubung antara satu sama lain melalui komunikasi secara visual.
Snapchat kini telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta pakar-pakar lain untuk memastikan Snapchatters mempunyai akses kepada laporan berasaskan fakta dan berita yang boleh dipercayai mengenai COVID-19. Oleh kerana perintah kawalan pergerakan di seluruh negara telah berkuat kuasa dari 18-31 Mac 2020 di Malaysia, adalah penting bagi semua untuk dilengkapi dengan maklumat yang betul mengenai COVID-19.
Snapchat kini telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta pakar-pakar lain untuk memastikan Snapchatters mempunyai akses kepada laporan berasaskan fakta dan berita yang boleh dipercayai mengenai COVID-19. Oleh kerana perintah kawalan pergerakan di seluruh negara telah berkuat kuasa dari 18-31 Mac 2020 di Malaysia, adalah penting bagi semua untuk dilengkapi dengan maklumat yang betul mengenai COVID-19.
Berikut adalah beberapa inisiatif yang ditawarkan oleh Snapchat :
Mengehadkan Penyebaran Maklumat Salah melalui Discover
Snapchat sentiasa mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan Snapchatters mempunyai akses kepada maklumat berasaskan fakta yang boleh dipercayai di platformnya, dan akan terus cermat dan berhati-hati terhadap tanggungjawabnya kepada komuniti pada masa ini.
Platform kandungan Snapchat ‘Discover’, berkolabirasi serta diuruskan dengan sekumpulan rakan kongsi terpilih, termasuk beberapa organisasi berita yang paling dipercayai di seluruh dunia. Sebagai contoh, Snapchatters digalakkan mengikuti saluran WHO untuk maklumat terkini yang berkaitan dengan COVID-19. WHO menerbitkan kemas kini tetap dari Akaun Rasmi mereka dan Snapchat telah bekerja dengan pasukan mereka untuk membangunkan kandungan yang disesuaikan khas bagi menjawab soalan dari komuniti Snapchat.
Filter World Health Organisation
Di samping itu, Snapchat telah bekerjasama dengan WHO untuk melancarkan filter global yang membantu mendidik Snapchatters mengenai amalan kebersihan yang baik. FIlter ini termasuk kad konteks yang boleh disesuaikan - apabila penerima Snap meleretnya, mereka akan dibawa ke halaman WHO dengan maklumat lebih lanjut.
Mesej kesihatan Edu-taining melalui Sticker Bitmoji
Snapchat juga telah mengeluarkan beberapa sticker Bitmoji bertemakan kesihatan yang kini ada dalam papan kekunci Bitmoji. Sticker yang menarik dan mendidik itu mempunyai frasa seperti, "Basuh tangan anda", "Duduk rumah jika anda tidak sihat" dan "Jangan sentuh muka anda" sebagai cara yang menyeronokkan untuk mengingatkan Snapchatters tentang mengamalkan kebersihan yang baik semasa keadaan sukar ini.
Comments
Post a Comment