COVID-19: ASTRO RIA SAJI KOLEKSI FILEM TEMPATAN TERHEBAT



Selaku peneraju kandungan utama yang sedia berkhidmat, Astro menerusi saluran Astro Ria terus komited dalam membawakan variasi program hiburan berkualiti tinggi untuk dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 yang sedang dilaksanakan pada ketika ini.

Demi menyahut saranan kerajaan yang menyeru rakyat untuk mematuhi arahan PKP tersebut dengan duduk di rumah, Astro Ria dengan berbesar hati membawakan koleksi karya filem tempatan pecah panggung dan terhebat khusus untuk menghiburkan para pelanggan yang setia menyokong selama ini.

Bermula 23 Mac hingga 2 April 2020, barisan filem tempatan menarik bakal mengisi slot khas jam 10.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kesemua filem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Sempena musim cuti sekolah ini juga, Astro Ria turut memberi bonus dengan membawakan filem animasi tempatan terlaris yang berjaya melakar sejarah tahun lalu, ‘Boboiboy Movie 2’ (BBBM2) pada hari Jumaat, 27 Mac ini jam 9.00 malam. Filem animasi ‘BBBM2’ ini juga akan turut disiarkan secara serentak di lima buah saluran iaitu Astro Ria (104), Ria HD (123), Astro Ceria (611), Ceria HD (631) dan termasuklah siaran dalam format resolusi kualiti 4K UHD di saluran 780.

Berikut adalah senarai penuh koleksi filem tempatan yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD sepanjang tempoh PKP ini:
  • Isnin, 23 Mac 2020 | Misteri Dilaila
  • Selasa, 24 Mac 2020 | Kami Histeria
  • Rabu, 25 Mac 2020 | Penanggal
  • Khamis, 26 Mac 2020 | Dukun
  • Jumaat, 27 Mac 2020 | Boboiboy The Movie 2
  • Isnin, 30 Mac 2020 | Manisnya Cinta Di Cappadocia
  • Selasa, 31 Mac 2020 | Ombak Rindu
  • Rabu, 1 April 2020 | Suamiku Encik Perfect 10!
  • Khamis, 2 April 2020 | Kimchi Untuk Awak
Bagi memberi lebih pilihan tambah nilai, para pelanggan juga boleh menikmati akses penuh kesemua koleksi filem tempatan pelbagai genre pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan on demand tanpa sebarang caj tambahan. Antara filem-filem menarik yang tersenarai termasuklah Manisnya Cinta Di Cappadocia, Polis Evo, The Journey, Ola Bola, You Mean The World To Me (Hai Ki Sin Lor), Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bikers Kental, Penanggal, Suamiku, Encik Perfect 10!, Kimchi Untuk Awak, Abang Long Fadil 2, Tombiruo, Busker, Ombak Rindu, KL Menjerit, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 2, Cun, Spicy Killers (Claypot Curry Killers), Kami Histeria, Dukun, Misteri Dilaila V1 & V2, Boboiboy Movie 2 serta banyak lagi.

Terus berhibur bersama Astro, kekal tenang, duduk diam di rumah dan jangan keluar!

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA