"SYIF MALAM RAYA" BAKAL GAMATKAN PAWAGAM SYAWAL INI



United Studios mengumumkan secara rasmi hari ini bahawa filem terbaharu edaran mereka iaitu Syif Malam Raya bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada bulan Syawal yang akan datang.

Promosi filem bergenre komedi seram ini telah dimulakan sejak seminggu yang lalu melalui platform digital dengan memperkenalkan poster rasmi dan poster watak-watak yang terbabit dalam filem tersebut.












Treler rasmi filem Syif Malam Raya pula telah dilancarkan di saluran YouTube United Studios. Tidak sampai 12 jam ditayangkan kepada umum, video berdurasi 95 saat itu telahpun mencapai jumlah tontonan lebih 60,000 kali dengan hampir 5,000 sokongan butang ‘like’.

Filem Syif Malam Raya adalah filem terbitan Ray Theme Sdn. Bhd. mengisahkan tentang empat orang rakan yang mengalami kejadian aneh ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya. Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di sebuah kampung yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’. Diterajui dua orang ahli kumpulan Zero, iaitu Atu dan Sharif, filem Syif Malam Raya turut dibarisi pelakon wanita popular antaranya Reen Rahim, Nadia Brian dan Lia Natalia serta penampilan sulung tiga orang Youtuber terkenal, iaitu Yoe Parey, Syahmi Sazly dan Asif Suhaimi yang pertama kali diberi peluang beraksi di layar perak. Turut ditampilkan dalam filem ini adalah Saiful Zero dan pelawak-pelawak hebat tanahair iaitu Saiful Apek, Azlee Senario, dan Ropie yang pastinya akan mencuit hati penonton-penonton.

Biarpun baharu sahaja menamatkan penggambaran yang bermula sejak bulan Februari yang lalu, filem Syif Malam Raya sudahpun berada di peringkat akhir proses pasca produksi dan kini menanti pengesahan tarikh tayangan daripada pihak Wajib Tayang.


Ketahui perkembangan terkini mengenai Syif Malam Raya dengan mengikuti akaun media sosial berikut:


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM