COVID-19: 4 TIPS UNTUK MEMBELI TOPENG MUKA DI SHOPEE



Bagaimana anda boleh melindungi diri anda daripada diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab semasa membeli topeng muka di Shopee? Beberapa tips umum untuk pembeli atas talian adalah seperti berikut:
  • Baca penerangan produk dan ulasan daripada pembeli lain dengan teliti sebelum membuat keputusan 
  • Gunakan Shopee Live Chat dalam aplikasi untuk mengesahkan harga dan kuantiti dan/atau untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada penjual 
  • Jauhi dan laporkan topeng muka yang dijual dengan harga yang terlalu mahal. Walaupun Shopee secara proaktif menghalang penjualan topeng muka yang dijual melebihi harga siling runcit yang dikawal selia, Shopee menggalakkan pembeli untuk melaporkan sebarang produk yang dijual dengan harga yang terlalu mahal kerana mengekalkan persekitaran membeli-belah atas talian yang adil adalah usaha sesama masyarakat antara kami, penjual dan pembeli kami. Mereka boleh menggunakan fungsi "Report This Product" di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk, e-mel Shopee di help@support.shopee.com.my atau hubungi 03 2777 9222 (Isnin hingga Ahad - 9.00 pagi hingga 6.00 petang, termasuk Cuti Umum) untuk membuat laporan. 
  • Pastikan semua urus niaga anda dilakukan dalam platform Shopee kerana anda dilindungi oleh Polisi Jaminan Shopee kami. Jaminan Shopee adalah jaminan di mana Shopee memegang pembayaran anda secara escrow untuk memastikan anda telah berjaya menerima pesanan anda tepat pada masanya; pesanan adalah tepat dan berada dalam keadaan baik, sebelum bayaran diberi kepada penjual. 

Tips ini berguna untuk semua pembelian atas talian, dan tidak hanya terhad kepada topeng muka. Ini terutamanya kerana kami mendapati lebih banyak rakyat Malaysia kini membeli-belah secara atas talian untuk keperluan harian mereka seperti susu tepung, MILO, lampin, tisu tandas, bijirin, pasta, beras dan banyak lagi. 

Shopee juga telah mengadakan kempen khas Beli-belah dengan Selamat dari Rumah dari sekarang hingga 4 April, untuk pengguna melakukan pembelian bagi keperluan mereka di satu tempat dengan harga yang berpatutan. Pada 27 Mac dan 4 April, tawaran bermula daripada RM0.44 dan diskaun hingga 80% akan diadakan. 

Walau bagaimanapun, harus difahami bahawa mungkin terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran dengan penguatkuasaan PKP. Namun begitu, seluruh sektor logistik bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memenuhi pesanan pengguna. Sebagai tambahan kepada Shopee Express, kebanyakan penyedia logistik pihak ketiga telah melaksanakan proses penghantaran yang lebih selamat dan mudah untuk menghalang perhubungan yang lama antara pembeli dan kakitangan penghantaran. Langkah berjaga-jaga juga telah diambil seperti pembasmian kuman untuk gudang dan kenderaan, sementara pemeriksaan suhu dilakukan untuk pekerja, pemandu, dan penunggang demi kepentingan keselamatan. 



Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI