ASTRO GO KOMPLIMENTARI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA




Kami faham bahawa rakyat Malaysia akan cepat bosan apabila berada di rumah sahaja pada setiap masa, jadi sebab itulah kami mahu anda terus berhibur dengan kami melalui aplikasi Astro GO! Kini, semua rakyat Malaysia dan yang tersayang boleh log masuk ke Astro GO dan menyaksikan saluran-saluran Astro yang terpilih secara komplimentari termasuklah program On Demand di peranti mudah alih mereka sehingga 31 Mac 2020. 

Ikuti liputan berita terkini di Astro Awani dan Bernama TV, atau beli-belah di GO SHOP sementara anak-anak melayan program di Cartoon Network atau mengulangkaji pelajaran bersama Astro Tutor TV. Peminat tegar acara sukan dan eSports just boleh dapatkan perkembangan sukan di Arena dan eGG. Saksikan program-program popular seperti Dua Takdir Cinta, Happy Prince, All is Well, Travel for Love, Allungal Vellungal, Rajiniyudan Naan dan banyak lagi di kesemua 22 saluran percuma di Astro GO:

  • Astro Prima
  • Astro Oasis
  • Go Shop HD RUUMA
  • Go Shop HD GAAYA
  • Astro Vaanavil
  • Makkal TV
  • Astro AEC
  • GO SHOP Chinese
  • TV Alhijrah
  • Celestial Movies
  • Celestial Classic Movies
  • CCTV4
  • Astro Xiao Tai Yang
  • Astro Awani
  • Bernama TV
  • Astro Tutor TV UPSR
  • Astro Tutor TV PT3
  • Astro Tutor TV SPM
  • Astro Arena
  • eGG
  • HELLO
  • Cartoon Network
Bukan pelanggan Astro boleh ikuti langkah-langkah yang berikut: 
  • Langkah 1: Muat turun aplikasi Astro GO di App Store atau Google Play 
  • Langkah 2: Pilih ‘Non-Astro Customer’ 
  • Langkah 3: Tetapkan ID anda 
  • Langkah 4: Sahkan ID anda dengan masukkan kod 6 angka yang telah diemel kepada anda 
*Pelanggan Astro boleh memilih ‘An Astro Customer’, log masuk dan hubungkan akaun Astro anda dan terus strim pakej langganan anda. 

Untuk menggunakan Astro GO di komputer riba/meja, layari astrogo.com.my dan ikuti langkah-langkah yang sama di atas. Untuk maklumat lanjut tentang akses komplimentari Astro GO, layari www.astro.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI