COVID-19: ENGAGE SEA LANCAR KEMPEN #KEEPBUSINESSMOVING



Engage Southeast Asia (Engage SEA) menyokong penuh langkah Kerajaan Malaysia dalam mengumumkan pakej rangsangan pada hari Jumaat, 27 Mac lalu bagi membantu para pemimpin dan perniagaan mengharungi wabak COVID-19. Sebagai sebuah firma pengurusan reputasi dan komunikasi digital yang utama di Malaysia, kami juga mahu memainkan peranan untuk negara.

Kami berdiri teguh di belakang para CEO dan pemimpin, dan untuk memastikan kesinambungan perniagaan, kami melancarkan kempen #KeepBusinessMoving. Kami merupakan syarikat yang pertama dalam rantau ini yang menawarkan kemudahan diagnosis Digital Reputation Intelligence (DIRI). Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma untuk PKS, usahawan dan organisasi semasa tempoh PKP. Sebagai komponen utama penawaran Komunikasi Digital, Pengurusan dan Pemulihan Krisis Engage SEA, alat diagnosis DIRI milik kami akan membantu syarikat-syarikat mengukuhkan kepercayaan, membina reputasi dan kesetiaan jenama, serta mengurangkan risiko reputasi dengan pelanggan dan pemegang kepentingan semasa tempoh PKP ini.

Dalam mengharungi keadaan ketidaktentuan global dan gangguan pasaran yang belum pernah berlaku sebelum ini, keputusan untuk bertindak atau berdiam diri begitu sahaja boleh meletakkan reputasi syarikat dan perniagaan dalam keadaan risiko yang lebih besar lagi. Pemahaman dan penggunaan analisis data adalah faktor kritikal bagi CEO untuk memacu penglibatan dan membina kepercayaan jenama dengan para pemegang kepentingan — langkah penting dalam memastikan kesinambungan perniagaan sepanjang tempoh PKP dan seterusnya. Engage SEA menyedari masalah yang semakin rumit yang dihadapi oleh CEO dalam memikul tanggungjawab besar mereka terhadap kakitangan, pelanggan dan fungsi perniagaan utama, dan komited dalam membantu CEO untuk terus maju bersama pasukan mereka.

“Dalam era digital hari ini, CEO dan jenama sentiasa berada di bawah pemerhatian sepanjang masa. Sekiranya anda tidak berkomunikasi dan berhubung dengan pelanggan dan pemegang kepentingan, reputasi anda akan hilang atau yang lebih teruk lagi, dikalahkan oleh pesaing. Laporan menunjukkan anggaran 25 peratus daripada nilai pasaran syarikat ditentukan oleh reputasi dan tanggapan pemegang kepentingan terhadap syarikat. Pada masa yang sama, hanya 31 peratus CEO ASEAN yang menerima data berkaitan dengan pembangunan strategi penurunan risiko jangka panjang. CEO yang mengambil langkah proaktif untuk mengimbangi data dengan komunikasi khusus dan memastikan perhubungan yang telus akan memenangi “perang” reputasi – dan seterusnya meningkatkan kepercayaan pelanggan dan kesetiaan jenama,” kata Rajan Moses, Pengarah Serantau dan Ketua Pengurusan Krisis Engage SEA.

Kempen #KeepBusinessMoving kami memberi peluang yang unik kepada jenama-jenama untuk mengukur reputasi dan pengaruh digital mereka, termasuk sentimen jenama dan tanda aras daya saing. Ini akan membolehkan organisasi menyedari akan kekuatan dan kelemahan kaedah komunikasi mereka, dan membincangkan langkah-langkah yang berkemungkinan membantu ketahanan reputasi, kepercayaan pelanggan dan kesetiaan jenama dalam tempoh yang mencabar ini.


Khidmat rundingan PERCUMA akan dijalankan melalui persidangan video selama 30 minit dan akan meliputi kajian keperluan perniagaan, perkongsian risikan reputasi dan perbincangan kaedah yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang berdasarkan soal selidik yang dihantar kepada kami terlebih awal. Jenama dan organisasi boleh menyatakan minat mereka menerusi bit.ly/EngageSEADiRI, menghantar e-mel ke engage@engagesea.com atau telefon/SMS (+60) 11 3941 7758 untuk sesi sulit dan rahsia bersama pakar strategi kanan Engage SEA yang memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masing-masing.

Ayuh kita bersama-sama #KeepBusinessMoving.

Comments

Popular Posts