TENANG MENJELMA APABILA RAKYAT MALAYSIA DUDUK RUMAH



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang kepada rakyat Malaysia dari timur dan barat bekerjasama menenangkan jiwa rakyat Malaysia di masa penularan wabak Covid-19.

Walaupun pegangan tangan dikekang sewaktu menjalani amalan penjarakan sosial, pelajar dan pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UNIMAS bekerjasama dengan alumni mereka dari sebuah agensi pakar komunikasi krisis di Kuala Lumpur, Citrine One Sdn Bhd, untuk menghasilkan lagu menyentuh jiwa dan lagu ini didedikasikan kepada semua warga Malaysia yang mematuhi MCO dan dan golongan barisan hadapan yang bekerja keras untuk membendung wabak Covid-19.

“Kami berharap bahawa lagu ‘Tenanglah’ ini memberikan semangat kepada semua rakyat Malaysia yang sedang bersama-sama memerangi pandemik secara ini berasingan.

"Ini adalah satu masa yang amat mencabar buat orang ramai kerana ramai, terutamanya buat golongan barisan hadapan dan pesakit yang terpisah dari keluarga dan rakan-rakan. Kami semua sedang berperang dengan wabak ini dan kami mesti menang,” kata Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Khadijah Mohamad Tuah.

Pengasas & Pengarah Urusan Citrine One berkata beliau amat berbesar hati kerana pasukannya menawarkan diri secara sukarela untuk mengendalikan projek ini dan menambah bahawa video muzik ini siap dalam tempoh kurang daripada lima hari.

Beliau berkata bahawa pasukannya menghubungi kenalan peribadi mereka melalui Whatsapp untuk menghubungi Nana, seorang pensyair Malaysia yang bersetuju untuk meluangkan masa secara sukarela untuk menulis lirik lagu ini dan Zoe Wong, seorang komposer muda untuk menyusun irama lagu tersebut secara suka rela.

“Kami merangka konsep lagu tersebut dan memberi panduan yang jelas kepada semua penyanyi sukarela untuk merakam bahagian mereka dari rumah dengan hanya menggunakan telefon bimbit, komputer riba dan fon telinga. Kerja-kerja rakaman mengambil masa selama satu setengah hari dan editor video kami mengambil masa sehari hari lagi untuk mengolah bunyi dan mengatur video ini!

“Sungguh menakjubkan bagaimana rakyat biasa yang mematuhi MCO di Johor, Kuching, Kuala Lumpur dan juga Amerika Syarikat boleh bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu begitu menyentuh perasaan.

“Dalam memerhati bagaimana individu-individu ini bekerja sama secara berasingan saya mendapat harapan baru untuk percaya bahawa rakyat Malaysia boleh menempuhi segala dugaan yang sedang kami lalui dan mematuhi PKP. Tenanglah,” katanya.






Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI