COVID-19: DIDI & FRIENDS LANCAR LAGU ‘JOM LAWAN CORONAVIRUS’!



Demi menyahut saranan kerajaan yang menyeru rakyat untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan, siri animasi popular kanak-kanak, Didi & Friends, tampil dengan lagu dan muzik video ‘Jom Lawan Coronavirus’ yang mengajar orang ramai langkah-langkah mudah bagi mencegah jangkitan virus COVID-19! 

Lagu berdurasi 2 minit itu menyaksikan Didi, Nana dan Jojo serta rakan-rakan lain menari sambil menyanyi tentang pentingnya menjaga kebersihan dalam memerangi virus dan bakteria merbahaya. Lirik lagu yang catchy itu menyatakan tiga langkah mudah mengelak pandemik COVID-19: 1) cuci tangan, 2) memakai topeng muka ketika sakit, dan 3) tidak menyentuh muka. 


Lagu istimewa ini ditulis dan diterbitkan oleh Digital Durian bersama komposer terkenal, Omar K. Muzik videonya pula boleh disaksikan melalui pautan ini. Lagu ini juga boleh dinikmati dalam versi Bahasa Inggeris bertajuk ‘Fight Coronavirus’ di pautan ini

Siri edutainment Didi & Friends merupakan hasil produksi bersama Astro dan Digital Durian. Didi & Friends bersiaran secara esklusif di Astro Ceria dan Ceria HD, dan mempunyai 3.52 juta pengikut dan lebih 2.5 bilion jumlah tontonan di saluran YouTube mereka.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM