COVID-19: PETUGAS KESIHATAN DAPAT BILIK HOTEL PERCUMA OYO MALAYSIA



OYO akan menawarkan bilik percuma di hotel-hotel rakan kongsinya yang terletak dalam lingkungan 5km radius dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Shah Alam dan Hospital Tuanku Jaafar di Seremban kepada para petugas kesihatan yang merawat pesakit Covid-19 di hospital tersebut. 

Pemilihan hotel berdekatan dengan Hospital Kuala Lumpur, Hospital Shah Alam dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dibuat memandangkan terdapat banyak pesakit yang dirawat di hospital berkenaan. 

Mulai hari ini hingga 14 April 2020, petugas kesihatan dari hospital berkenaan yang merawat pesakit Covid-19 boleh menikmati bilik percuma di hotel-hotel berikut yang ada di Kuala Lumpur Shah Alam dan Seremban. 

OYO 89676 Hotel 22
No 70, Jalan Tun Dr 
Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan 

OYO 188 YP WANGSA 
No 8, Jalan 65C, Pekeliling
53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

OYO 882 Hotel Sri Muda Corner Sdn Bhd
No. 73, Jalan Makmur 25/64, Taman Sri Muda
40400 Shah Alam, Selangor 

Petugas kesihatan di hospital tersebut boleh membuat tempahan dengan menghubungi OYO Careline di +6013-3560534, +6012-296 8682, +6016-6960616 atau +6014-3819527 di antara 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari. Mereka hanya perlu mengemukakan ID kakitangan sebagai bukti semasa mendaftar masuk. 

OYO membuat tawaran ini sebagai maklum balas kepada permintaan tinggi di dalam media sosial dan daripada NGO serta petugas kesihatan untuk bilik, apartmen dan rumah yang berdekatan dengan hospital yang merawat pesakit Covid-19 di bandar- bandar berkenaan. 

Ketua Negara Singapura dan Malaysia, OYO Hotels & Homes, Tan Ming Luk berkata, sebagai penyedia perkhidmatan penting dan pemain utama industri pelancongan, OYO memikul tanggungjawab tambahan untuk memastikan mereka yang memerlukan bilik penginapan yang bersih pada harga mampu milik mendapat akses kepada keperluan tersebut. 

“Petugas kesihatan kita, terutamanya mereka yang berada di barisan hadapan telah menjalankan tugas mereka tanpa mengenal penat lelah, bagi menjaga pesakit Covid-19. Tatkala mereka bertungkus-lumus menjaga orang lain, OYO dan rakan kongsinya ingin menjaga mereka juga. Berdasarkan semangat itu, kami telah menghubungi rakan-rakan kongsi kami dan mengajak mereka agar turut sama memainkan peranan untuk Malaysia di waktu yang paling mencabar ini dan mereka semua bersetuju. Kami rasa bangga kerana mempunyai rakan kongsi yang berjiwa penyayang dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjawab seruan kami dengan begitu pantas sekali”. 

Tambah beliau, “Kami berharap semoga dengan penawaran bilik-bilik di hotel rakan kongsi OYO yang berhampiran dengan hospital, kami dapat meringankan sedikit beban petugas kesihatan dan memastikan mereka mendapat akses kepada bilik penginapan yang bersih lagi mampu milik supaya mereka boleh berehat dan memulihkan tenaga sebelum meneruskan rutin yang sangat mencabar”. 

“Petugas kesihatan kita terpaksa berdepan dengan tempoh kerja yang panjang akibat daripada pandemik ini. Kami berharap semoga dengan menawarkan bilik penginapan yang bersih berhampiran hospital, masa perjalanan dapat dikurangkan, terutamanya selepas syif yang memenatkan. Aspek keselamatan dan kesejahteraan petugas kesihatan kita yang berulang-alik ke dan dari hospital perlu dititikberatkan dan OYO ingin memainkan peranan kami untuk memastikannya.” 

Berhubung nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta garis panduan daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, OYO akan terus menerima tempahan dan daftar masuk daripada tetamu-tetamu asing, kakitangan agensi kerajaan dan mereka yang berkhidmat di dalam perkhidmatan penting yang dimandatkan di sepanjang tempoh PKP dikenakan. 

Walau bagaimanapun, semua perkhidmatan dan kemudahan lain di hotel akan kekal tutup sepanjang tempoh ini. Hanya perkhidmatan makan di dalam bilik dibenarkan di hotel yang memiliki restoran mereka tersendiri. 

Untuk mendapatkan maklumat dan bantuan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan rakan kongsi OYO melalui talian chat atau e-mel kami di malaysia.partnersupport@oyorooms.com 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia, sila kunjungi laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia atau ikuti @KKMPutrajaya di Twitter. Untuk mendapatkan maklumat terkini daripada Majlis Keselamatan Negara, sila kunjungi mkn.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!