KADAR TONTONAN BERITA MELONJAK TINGGI!



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Movement Control Order (MCO) telah berkuatkuasa secara rasminya pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh Malaysia. Media Prima Berhad tidak lupa akan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyalurkan info terkini dan saranan kerajaan menerusi rangkaian televisyen iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV dari semasa ke semasa. 

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Sebagai bukti kebanyakan rakyat Malaysia akur tinggal di rumah masing-masing, stesen TV di bawah naungan Media Prima telah mencatat peningkatan tontonan di mana Buletin Utama di TV3 sahaja telah mencatat peningkatan 53%. Malahan 8TV Midday Mandarin dan ntv7 Mandarin 7 turut memecah rekod masing-masing. Jumlah tontonan digital di laman sosial Facebook dan YouTube dari 16 hingga 18 Mac mencatatkan 13.1 juta tontonan untuk Buletin Utama dan Buletin 1.30, 6.8 juta tontonan untuk 8TV Mandarin News dan 8TV Midday Mandarin manakala 4.6 juta tontonan untuk ntv7 Mandarin 7.”

Untuk TV3, Buletin Utama telah mencatat jumlah penonton sebanyak 3.44 juta dengan 42.3% syer penonton pada 18 Mac 2020. Kadar tontonan Buletin Utama menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 53%. Slot berita pada waktu tengah hari iaitu Buletin 1.30 juga meningkat kepada 1.4 juta penonton pada hari tersebut.

Untuk 8TV Mandarin News, kadar tontonan bagi penonton Cina 4+ telah meningkat sebanyak 45% dengan catatan 1.1 juta penonton dan 59.3% syer penonton. 8TV Midday Mandarin juga pecah rekod dengan jumlah penonton paling tinggi iaitu 617,000 penonton dengan syer penonton sebanyak 60% pada hari yang sama. Manakala Mandarin 7 (ntv7) juga mencatat kadar tontonan tertinggi pada 564,000 penonton ataupun 49% syer penonton Cina pada waktu petang. 

Peningkatan mendadak yang diperolehi pada 18 Mac 2020 menerusi program-program berita adalah seperti berikut:

  • TV3 Buletin Utama: 3.44 juta penonton (Total 4+)
  • TV3 Buletin 1.30: 1.4 juta penonton (Total 4+)
  • 8TV Mandarin News: 1.1 juta penonton (Chinese 4+)
  • 8TV Midday Mandarin: 617 ribu penonton (Chinese 4+)
  • ntv7 Mandarin 7: 564 ribu penonton (Chinese 4+)
(Sumber: Nielsen Audience Measurement)

Untuk maklumat terkini, sila merujuk laman media sosial kami di Facebook/Instagram/Twitter @TV3Malaysia @TV9Malaysia @ntv7malaysia dan juga Facebook 8TV @badukongjian, Instagram@8TVChinese.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"