unifi GALAKKAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK KEKAL BERADA DI RUMAH



Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sepenuhnya, unifi, sebagai pemacu sambungan dan gaya hidup digital negara, akan memberikan tawaran-tawaran istimewa bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah masing-masing, dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 serta memanfaatkan masa mereka sepenuhnya. 

Memahami kepentingan untuk meluangkan lebih masa di rumah bersama keluarga, unifi akan menawarkan akses secara PERCUMA bagi kesemua saluran di unifi TV, termasuklah saluran-saluran premiumnya, bagi memenuhi kehendak tontonan yang pelbagai daripada semua ahli keluarga. Akses percuma ini turut boleh dinikmati menerusi akaun unifi playTV pengguna di mana ia boleh diakses oleh sehingga lima (5) pengguna bagi menonton saluran dan kandungan digital yang berbeza, pada masa yang sama. 

Ketua Pegawai Komersial TM, Anand Vijayan, berkata, “Langkah membuka kesemua saluran dan kandungan premium kami merupakan antara insentif kami untuk menggalakkan orang ramai kekal berada di rumah. Kami juga akan membantu mengurangkan kerisauan yang pelanggan-pelanggan kami hadapi sepanjang tempoh ini. Ini termasuklah keperluan untuk mempunyai data yang lebih tinggi dan sokongan daripada pihak teknikal. Kami berharap dengan menggalakkan orang ramai untuk terus berada di rumah masing-masing, ini akan dapat membantu mengurangkan lengkungan penularan wabak (flatten the curve).” 

Walaupun pengguna-pengguna internet kediaman akan menikmati data tanpa had, perkara yang sama mungkin tidak akan dirasai oleh pengguna mudah alih yang lain. Bagi membantu memastikan mereka kekal berhubung tanpa perlu berasa bimbang, unifi kini memberikan lebih fleksibiliti kepada pelan-pelan data mereka. Anand menambah, “Ramai pengguna mudah alih adalah dari golongan para pelajar ataupun penyewa, di mana kebanyakan mereka tidak memerlukan pelan internet kediaman yang khusus. Kini, dengan lebih ramai pengguna berada di rumah masing-masing bersama ahli-ahli keluarga, ia secara tidak langsung akan meningkatkan keperluan data mereka. Ini adalah untuk memenuhi keperluan bekerja dari rumah atau menghadiri sesi kuliah dalam talian serta pilihan hiburan yang lebih banyak. Perubahan gaya hidup dan peningkatan pemintaan terhadap data adalah drastik dan kami ingin mengurangkan kebimbangan mereka terhadap sambungan tanpa perlu tergesa-gesa untuk membuat sebarang komitmen baharu mahupun komitmen yang lebih tinggi.” 

Bagi pelanggan pasca bayar mudah alih tanpa had sedia ada, unifi akan memberikan pas hotspot LTE 999GB secara PERCUMA, peningkatan mendadak daripada pas hotspot LTE 10GB sedia ada mereka. Peningkatan had ini akan membolehkan mereka untuk berkongsi internet mudah alih dengan beberapa peranti lain di rumah, termasuklah kepada TV Pintar dan komputer riba. Pada masa yang sama, pelanggan prabayar #BEBAS akan diberikan pas data 7 hari tanpa had, agar mereka tidak perlu bimbang untuk sentiasa menambah nilai kredit mereka apabila mereka memerlukan lebih data. 

Diharapkan, dengan peningkatan data yang diberikan akan membantu para pengguna mudah alih dalam situasi masa kini sebaik mungkin. Pelanggan akan menerima pas hotspot LTE 999GB PERCUMA itu dalam masa dua (2) hari berikutnya dan mereka boleh membuat semakan di akaun masing-masing secara layan diri di portal unifi atau di aplikasi myunifi. Pelanggan SIM prabayar #BEBAS pula boleh menuntut pas 7 hari tanpa had mereka melalui aplikasi #BEBAS. 

Akhir sekali, dengan kawalan pergerakan ini, unifi ingin menyarankan kepada para pelanggan yang memerlukan bantuan sokongan teknikal atau bantuan mengenai akaun mereka untuk menggunakan sepenuhnya saluran khidmat pelanggan digital untuk mengurangkan interaksi secara fizikal dan mengurangkan sebarang risiko. Saluran-saluran bantuan ini termasuklah portal khidmat pelanggan di laman web unifi, aplikasi myunifi dan platform media sosial kami di Facebook @weareunifi dan Twitter @helpmeunifi, di mana pelanggan boleh menguruskan akaun, membuat troubleshoot mudah malah mereka boleh berinteraksi bersama perunding perkhidmatan unifi yang sentiasa bersedia untuk membantu. 

unifi berharap agar langkah-langkah khusus ini akan dapat membantu pelanggan-pelanggannya untuk kekal berada di rumah dan menangani penularan virus ini. unifi akan terus memantau sebarang perkembangan situasi semasa dan akan mengadaptasi perkhidmatannya bagi membantu para pelanggan, pada masa-masa yang diperlukan. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan, khidmat pelanggan, pembelian dan sebarang bantuan sokongan, layari www.unifi.com.my.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"