COVID 19: VIVO MALAYSIA MENGHULURKAN BANTUAN
Mike Xu, Chief Executive Officer of vivo Malaysia (Kanan) and Person in Charge from Mercy Malaysia (Kiri). |
Kuala Lumpur, 30 Mac 2020 – Seperti negara-negara yang lain, Malaysia kini menghadapi situasi tidak menentu dan waktu kritikal akibat penularan wabak Covid-19. Dengan lebih daripada berbilion orang yang terkurung di rumah masing-masing di seluruh dunia diikuti pula dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, terdapat ramai yang tidak putus berusaha dengan sesungguhnya untuk perangi Covid-19 demi kesihatan dan kebajikan rakyat dan negara.
Sebagai tanda penghargaan untuk keberanian mereka, vivo Malaysia, syarikat teknologi terkemuka dunia turut berusaha untuk melindungi rakyat dari sebarang penyakit pernafasan dengan menghulurkan sumbangan sebanyak 20,000 topeng muka untuk mengawal penularan wabak Covid-19.
“Sebagai rakyat Malaysia, kami cuba memainkan peranan untuk membantu komuniti kami dengan menyediakan bekalan penting kepada mereka yang memerlukan. Marilah kita kekal sihat dan bersama-sama perangi pandemik ini,” kata Mr. Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.
Vivo Malaysia menyumbangkan topeng muka dengan kerjasama Mercy Malaysia, sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis.
Vivo Malaysia turut bersimpati dengan mereka yang dijangkiti wabak ini dan kekal komited untuk menambah baik kebajikan masyarakat.
“Kami benar-benar bersyukur dan menghargai setiap langkah yang diambil untuk membendung penularan pandemik ini,” kata Mr. Mike. “Bersama-samalah kita memenuhi tanggungjawab kita untuk negara. Bak kata Perdana Menteri kita, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, menggalakkan rakyat untuk bekerjasama waktu senang ataupun susah.”
Comments
Post a Comment