PERTANDINGAN FILEM PENDEK DAN VIDEO "EYE" DILANCARKAN





Mango Media Malaysia Sdn Bhd serta Pihak Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia telah melancarkan satu pertandingan filem pendek dan muzik video yang bertajuk ‘EYE’ Short Film and Music Video Competition pada 20 Mac 2020 (Jumaat). 

Pertandingan Filem Pendek dan Muzik Video ini dirasmikan melalui halaman Facebook Mango Media Malaysia. Pertandingan ini merupakan salah satu siri acara lanjutan bagi Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China yang ke-45. Memandangkan kepada kepentingan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, 

Pihak Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia ingin mengambil peluang ini untuk mengekalkan dan mengeratkan persahabatan antara dua negara melalui penganjuran pertandingan filem pendek dan muzik video ini. Tujuan bagi melancarkan pertandingan ini adalah untuk menggalakkan para penghasil filem untuk mempamerkan kreativiti dan bakat artistik mereka dalam menyampaikan persahabatan diplomatik antara Malaysia dan China. 

Perhubugan antara kedua-dua negara semakin kukuh dan erat sejak tahun kebelakangan ini, ia merupakan hasil daripada usaha kedua-dua pihak dalam menangani perbezaan dan pertikaian sambil mengekalkan keamanan dan kestabilan selain memupuk kerjasama serantau. 

Seperti yang diketahui, wabak corona telah menyerang negara China sejak permulaan Tahun 2020. Warganegara Malaysia telah menghulurkan bantuan kepada negara China dengan segera dengan intensi menolong negara China menawan krisis coronavirus sambil mengharapkan situasi di China bertambah baik. Hal ini berjaya mengeratkan jalinan antara kedua-dua negara dan persahabatan antara satu sama lain pun bertambah erat. 

Walaupun pandemik COVID-19 telah merebak dan mengakibatkan beberapa negara menghadapi situasi yang semakin serius, namun Negara China terus bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada negara-negara tersebut atas penghargaan jasa-jasa dulu. 

Pandemik COVID-19 telah membuktikan bahawa takdir semua negara dunia adalah saling berkait serta menunjukkan kepentingan hubungan diplomatik kepada setiap negara. Idea ini telah dipertimbangkan dan disyorkan sebagai asal usul bagi nama pertandingan filem pendek dan muzik video ini, iaitu untuk menyebarkan perasaan kasih sayang dan kebaikan. 

Bukan itu sahaja, pertandingan ini juga merupakan satu platform bagi penghasil filem yang kreatif dan inovatif untuk membentangkan persahabatan China-Malaysia melalui visi dan perspektif tersendiri. 

Selain itu, hasil produksi pertandingan ini juga dapat menggalakkan persefahaman antara budaya dan mengeratkan perhubungan antara warga negara Malaysia dengan China. Pertandingan menghasilkan filem pendek dan muzik video ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan umur. 

Penyertaan bagi pertandingan ini adalah percuma dan peserta hanya dikehendaki memuatnaik hasil produksi mereka melalui laman web pertandingan dengan memenuhi segala terma dan syarat. 

Peserta mempunyai peluang memenangi anugerah yang menarik bermula daripada anugerah Johan, RM 10,000, naib-johan RM 6,000, dan tempat ketiga RM 4,000 dalam kategori filem pendek. 

Manakala kategori muzik video terbaik juga mempunyai peluang memenangi anugerah sebanyak RM 5,000. Para Finalis akan dijemput ke Majlis Anugerah. 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila layari halaman Facebook Mango Media Sdn Bhd di https://www.facebook.com/mangomediamalaysia/.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING