DUA LIPA KEMBALI DENGAN ALBUM KEDUA 'FUTURE NOSTALGIA'



Album kedua penyanyi British, Dua Lipa yang berjudul Future Nostalgia kinidi pasaran. Album yang dinanti-nantikan ini menampilkan lagu hit nombor dunia ‘Don’t Start Now’, single meletup ‘Physical’ dan lagu terbaharu  ‘Break My Heart’.

Pembikinan album yang berkonsepkan "pop nostalgia" ini telah mula dilakukan pada awal 2018. Lipa telah menggunakan khidmat penggubah lagu dan penerbit seperti Jeff Bhasker, Ian Kirkpatrick, Stuart Price, The Monsters dan the Strangerz dan ramai lagi untuk menghasilkan "feel" pop disco yang "nostalgik" dengan sentuhan electronik. Lipa mendapat inspirasi daripada muzik artis-artis kegemaran zaman remajanya seperti Gwen Stefani, Madonna, Moloko, Blondie dan Outkast.

Tracklist
  1. Future Nostalgia
  2. Don’t Start Now
  3. Cool
  4. Physical
  5. Levitating
  6. Pretty Please
  7. Hallucinate
  8. Love Again
  9. Break My Heart
  10. Good In Bed
  11. Boys Will Be Boys

Comments

Popular Posts