Restoran Graden Grille di Hilton Garden Inn, Puchong bakal membawakan Bufet Makan Malam ala Dusun Kampung Style bersempena dengan bulan Ramadan.
Ia adalah sebahagian daripada promosi Ramadan hotel-hotel Hilton di Malaysia iaitu “Chup! Makan Dulu”. Para pengunjung dijemput untuk berbuka puasa dengan keluarga serta rakan-rakan.
|
Kambing Golek Millennia Puchong |
Untuk memeriahkan suasana ala-Kampung, hidangan bufet akan menampilkan beberapa gerai "live" di mana makanan akan disediakan secara langsung seperti Mee Rebus Kambing, Kambing Golek Millennia Puchong, Satay, Roti John dan Kacang Pool, Aneka Cendol - Durian, Pulut Hitam dan Mangga Cendol, serta gerai Dusun untuk pelbagai buah-buahan tempatan seperti jambu batu, ciku, buah naga, mangga serta gerai minuman - Air Mata Kuching, Soya, Cincau, Bandung Selasih dan banyak lagi.
|
Satay Station |
|
Rendang Ayam |
|
Ayam Masak Merah |
|
Paru Berlada |
|
Asam Pedas Ikan Tongkol |
|
Bubur Lambuk |
|
Kambing Golek Millennia Puchong |
|
Aneka Sajian Tradisional |
|
Aneka Kek |
|
Ulam-ulaman |
|
Aneka Minuman |
|
Cendol Station |
|
Buah-buahan Tropika |
|
Pemanis Mulut |
Lengkapkan santapan anda dengan pelbagai pemanis mulut seperti kuih tradisional Melayu, aneka kurma, Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha-Cha, chocolate brownies, fruit tarts, donuts, blueberry cheesecake dan banyak lagi.
Bufet Ramadan bermula 6.00 petang -10.00 malam pada 1 – 21 Mei 2020 dengan harga RM90 nett seorang dan RM70 nett untuk tempahan early bird sebelum 25 April 2020.
Garden Grille terletak di aras 6 di Hilton Garden Inn Puchong dan dibuka setiap hari dari 6:30 pagi – 10 malam. Diskaun 25% boleh didapati oleh ahli Hilton Dining APAC dan diskaun 15% untuk pemegang kad kredit terpilih.
Comments
Post a Comment