YES MENGINGATKAN RAKYAT MALAYSIA SUPAYA DUDUK DI RUMAH



YES, YTL Communications (YES) dibawah jenama 4G mudah alih, memainkan peranan untuk memastikan rakyat Malaysia diingati supaya duduk di rumah dan elakkan berada di kawasan luar atas saranan oleh Perdana Menteri selaras dengan arahan pergerakan terhad yang telah dikuatkuasakan pada 18 Mac dalam menangani penyebaran wabak COVID-19.

1. Sebagai penyedia perkhidmatan yang pertama dan juga perkhidmatan berkeseluruhan - LTE di Malaysia, YES bertanggungjawab untuk memastikan kesinambungan operasi untuk berkhidmat kepada negara di dalam tempoh ini, di samping mengekalkan komunikasi yang berterusan kepada pelanggan YES melalui perkhidmatan atas talian dan mengekalkan sokongan yang berterusan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan.

2. YES telah mengemaskini operator bar isyarat yang kini memaparkan ‘Y E S StayHome’ sebagai tanda peringatan untuk seluruh rakyat Malaysia untuk lebih bertanggungjawab terhadap kesejahteraan mereka dan berada di dalam rumah. Pada hari ini dan sehingga arahan pergerakan terhad berakhir, YES bersedia bersama rakyat Malaysia akan menaung dua inisiatif utama untuk kesejahteraan yang lebih baik. Pertama, dengan perubahan nama pada jenama, iaitu peringatan untuk keperluan jarak sosial. Di mana tiada jarak diantara ‘StayHome’, menunjukkan bahawa kita boleh mengikut arahan daripada kerajaan dan melakukan apa yang disarankan iaitu duduk di rumah and elakkan berada di luar kawasan rumah. 



3. Di samping itu, YES juga akan memberikan panggilan tanpa bayaran untuk semua panggilan ke nombor kecemasan dalam usaha dan inisiatif untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia dalam keaadaan sekarang.

4. YES akan melakukan yang terbaik dalam keupayaan kami untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa terhubung, terutamanya dengan keluarga tersayang dan berharap semua orang akan kekal selamat dan bertanggungjawab antara satu sama lain. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan pelan terkini daripada YES, pelanggan boleh melayari laman sesawang kami di www.yes.my.





Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!