ADAM MALEK BAWAKAN TEMA DEPRESI DALAM LAGU "LARA"



Valient Music mengumumkan artis terbaru mereka Adam Malek dan melancar single terbaru beliau “Lara” hari ini. Adam Malek (nama sebenar Adam Malek bin Shamsuddin) ialah penyanyi yang terkenal dengan kumpulan vokal “Novemboys” yang bertanding di pertandingan nyanyian “Pop Krew” di TV9. 

Adam beserta ahli Novemboys yang lain (Haqiem Rusli, Danial dan Wan) muncul juara pada tahun 2014. Adam meneruskan perjalanan musiknya dengan menyertai Mentor Milennia 2017 tetapi tidak berjaya dipilih menjadi protégé Tomok. 

akat nyanyian Adam Malek menarik perhatian Valient Music pada akhir tahun 2019 dan sebaik menandatangani perjanjian mereka langsung ke studio untuk merakam lagu “Lara”, sebuah lagu dari komposer terkenal Natasha Annes yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-31 dengan lagu “Lelaki Teragung”. Bersama dengan produser Reza Ramsey (Bajai), kekuatan vokal Adam Malek terus digilap dengan bantuan Archie Nasution sepanjang rakaman. 

“Lara” ialah sebuah lagu yang mengisahkan tentang kemurungan dan depresi. Menurut wakil dari Valient Music, “Lara” telah dicuba rakam oleh tiga penyanyi lain sebelum ini tetapi semuanya seperti “tidak kena” sehinggalah Adam Malek menyanyikannya.

Berhadapan dengan kerjaya music yang semakin mencarab dan terumbang ambing, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengaku dirinya juga dalam keadaan yang “Lara” sebelum dilamar oleh Valient Music. “Untuk ‘Lara’ saya bagi 100% keupayaan saya, untuk buktikan pada semua yang saya pun ada ‘suara’ untuk menyanyi di dunia ini” kata Adam Malek.

Pengarah video muzik terkenal, Khairul Hazwan (KH) disunting untuk mengarah muzik video “Lara”. KH mengaku terkesan dengan mesej lagu tersebut dan cuba untuk mengupas isi lagu tersebut secara visual sebaik mungkin. Konsep hitam-putih dan dugaan hidup dunia menjadi tema dalam muzik video tersebut.

Tonton video muzik "Lara" di YouTube sekarang: https://youtu.be/K0rYWp7z9j0 “Lara” diterbitkan oleh Valient Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia selaku pengedar.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox, iTunes, YouTube dan juga YouTube Music di pautan ini: https://UMM.lnk.to/AdamLaraMB


Comments