SIRI JELAJAH NORANIZA IDRIS CUBA SELAMATKAN IRAMA MALAYSIA



Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan Harithmai Production (HMP) berkolaborasi menganjurkan siri jelajah Noraniza Idris “Malai Solo Tour” 2019/2020 bermula dengan program Fleastar sempena Hari Kraf Kebangsaan 2019. 

Misi dan objektif penganjurannya adalah untuk mengangkat irama Malaysia di dalam industri muzik Malaysia secara global di samping membawa tanggung jawab sosial bagi menyemarakkan semangat patrisiotisme kepada generasi dari pelbagai golongan peringkat umur dan bangsa secara turun padang. 

Sehubungan itu, sokongan secara global diperlukan untuk memperkenalkan Identiti Malaysia secara meluas Menerusi penganjuran sempena Hari Kraf Kebangsaan 2019, siri jelajah ini meletakkan Kuala Lumpur sebagai hub kebudayaan menerusi Fleastar bersama Noraniza Idris sepanjang 12 hari bermula 28 Februari hingga 11 Mac di Jalan Conlay Kuala Lumpur sebagai program pertama kalendar siri jelajah Noraniza Idris “Malai Solo Tour” 2019/2020.  

“SAWO MATANG ~NORANIZA IDRIS SPECIAL SHOWCASE” 
Program Sawo Matang ~Noraniza Idris Special Showcase” di MATIC Kuala Lumpur adalah sebuah program modal insan yang digarapkan melalui aktiviti bengkel dan persembahan pentas sebagai acara kemuncak. Pengisian persembahannya menterjemahkan sebuah perkampungan budaya Melayu melalui proses peralihan kedatangan pelbagai kaum membentuk satu keunikan dari gaya, bahasa pertuturan, pakaian, gerak tari, nyanyian dan muzik . Persembahan pentas dengan tema kali ini memperkenalkan identiti Malaysia melalui seni persembahan , sejarah dan warisan dengan cara tersendiri, kreasi dan informatif serta seiring dengan matlamat VMY2020.

Oleh itu, “Sawo Matang ~ Noraniza Idris Showcase Special” menerusi persembahan mentor budaya tersohor di Malaysia sangat sesuai dipersembahkan kepada pelancong menerusi pakej pelancongan pelajar, domestik mahupun luar negara yang bakal dipromosi kan secara meluas ke media sosial dan media masa.

Pentas akan dihiasi dengan taman dan pokok-pokok melambangkan “Malaysian Garden” dan dihiasi dengan prop yang mempunyai elemen 6 etnik Malaysia .

Berlatar belakangkan layar L.C.D (sedia ada) yang memaparkan visual-visual sokongan kepada suasana dan konsep persembahan untuk diterjemahkan kepada penonton.

Terdapat visual yang dirakamkan lebih awal untuk mendapatkan impak yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Di atas platform berasingan kiri, kanan dan bahagian hadapan pentas , letaknya kumpulan-kumpulan pemuzik kombo pimpinan Dato’ Indra. yang mengiringi artis utama. Di satu sudut tidak jauh dari pemuzik, diletakkan penyanyi-penyanyi koir menhidupkan karakter persembahan menerusi vokal yang disusun mengikut segmen. Gabungan penata cahaya yang menghidupkan suasana taman ini menambah kekuatan mesej yang bakal disampaikan di dalam setiap segmen.

Setiap penggunaan ruang sudut pentas, pemuzik dan suara latar serta penonton pastinya akan menjadi sebahagian penyampai karakter dalam konsert prestij ini.

Selain irama Tradisional Melayu sebagai penggerak utama dalam nadi persembahan, konsert ini turut memaparkan persembahan gabungan irama etnik Malaysia yang disusun dengan suntikan komersil seiring dengan usaha meletakkan irama ini ke persada industri muzik Malaysia.

Konsert ini akan terbahagi kepada 8 segmen, pembukaan dan penutupan. Acara pembukaan ini adalah berupa transformasi keunikan budaya 6 kaum terbesar di Malaysia dan punca kedatangan menerusi sejarah yang akan digarapkan menerusi koreografi kreatif, sokongan visual grafik , pakaian, tarian, nyanyian dan teknikal audio dan tata cahaya.

Segmen kedua memperkenalkan bunyian unik dari gabungan kreatif memainkan irama-irama berlainan elemen. Diihiasi tarian dan nyanyian artis utama dan himpuan 100 artis budaya “Malay world Cultural Paradise” . Turut diwarnai persembahan artis baharu seiring dengan konsep.

Segmen penutupan program ini menggabungkan dua vokal tradisional Malaysia dalam acara nyanyian dan persembahan duet Noraniza Idris bersama Azizul Haqiem (Juara program realiti 3 Juara TV3). Persembahan Joget mengakhiri konsert selama 2 jam ini.

SIRI JELAJAH #SAVEIRAMAMALAYSIA 
Permulaan yang baik untuk memperkenalkan siri jelajah #saveiramamalaysia dan memperkenalkan program “Malay World Cultural Paradise” (MWCP) bermula Hari Kraf Kebangsaan 2019 melalui program Fleastar Noraniza Idris.

Objektifnya adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan ilmu kemahiran bagi menjana pendapatan jangka masa panjang di samping menyemarakkan semangat cinta seni dan budaya di kalangan pelapis.

Siri Jelajah ini tidak terhenti di sini sahaja malah kolaborasi ini akan diteruskan ke beberapa lokasi dan aktiviti dalam kalender siri jelajah seperti berikut:

1. Sawo Matang ~ Noraniza Idris Special Showcase - 12 hingga 14 April2019 bertempat di MATIC Kuala Lumpur
2. Fleastar Aidil Fitri - 6 Mei hingga 4 Jun 2019 bertempat di Bangi Selangor
3. Fleastar Merdeka - 2 hingga 4 Ogos 2019 bertempat di Bulatan 18 Amanjaya & Casuarina Hotel, Ipoh Perak
4. Farquhar dan Kala Jengking - 29, 30 November dan 1 Disember 2019 - Teater Kanak-kanak MWCP oleh Pemenang Pertama Sayembara Menulis Teater Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa & Pustaka
5. Iktiraf ~Noraniza Idris in Concert (Singapura) - 9 November 2019
6. Jejak Budaya Noraniza Idris - 21 Jun hingga 20 Julai 2019 - Travelog 13 episod di 13 negeri seluruh Malaysia
7. Akar Kita Zapin 2019 - 12 hingga 1 4 Oktober 2019 di MATIC Kuala Lumpur
8. Malai Solo ~ Noraniza Idris in Concert - 2 hingga 4 April 2020 di Istana Budaya Kuala Lumpur

Untuk tiket-tiket Sawo Matang ~ Noraniza Idris Special Showcase di MATIC Kuala Lumpur berharga RM99, RM119, RM139, RM169 dan RM189 boleh didapati dengan menghubungi Harithmai Production (HMP) di talian 019 339 1445, 018 871 4305 atau (whatsapp) 011 377 00894 atau 018 398 1810.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA