TEXAS CHICKEN BUKA CAWANGAN PANDU LALU PERTAMA DI SUNWAY



Penduduk Sunway Mentari kini dapat meraikan pembukaan cawangan restoran pandu lalu Texas Chicken yang pertama di Lembah Klang. Texas Chicken merupakan salah satu rangkaian restoran khidmat segera berasaskan ayam yang terbesar di rantau ini dan kemudahan pandu lalu kini disediakan bagi para pelanggan yang ingin mendapatkan hidangan kegemaran mereka ketika dalam perjalanan. Cawangan ini adalah restoran pandu lalu Texas Chicken yang kedua di Malaysia susulan kepada pembukaan cawangan pandu lalu di Sungai Petani pada tahun lepas. 

Berkongsi lokasi strategik bersebelahan dengan stesen petrol yang terkemuka, cawangan baharu Texas Chicken di Shell Sunway Mentari bersedia memenuhi kehendak dan keperluan gaya hidup pengguna hari ini melalui pelbagai produk yang lazat dan berkualiti yang juga disahkan Halal oleh JAKIM. Di samping itu, para pelanggan dapat menikmati makanan kegemaran mereka - sama ada melalui cara Makan di Restoran, Bawa Pulang atau Pandu Lalu - sepanjang hari di restoran 24 jam ini. 

Di majlis Pembukaan Rasmi pada hari ini, Pengerusi Envictus International Holdings, Dato' Jaya Tan berkata, "Kami sangat teruja untuk meraikan kejayaan ini yang merupakan pencapaian penting dalam sejarah syarikat kami. Selepas enam tahun sejak pembukaan restoran pertama kami di Malaysia, kami berharap untuk meningkatkan pengalaman para pelanggan dengan menawarkan lebih banyak cawangan pandu lalu untuk kemudahan mereka. Ini juga membuktikan komitmen syarikat kami dalam mengembangkan perniagaan kami di Malaysia, justeru menyumbang kepada ekonomi negara dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan." 

Envictus Holdings kini mengendalikan lebih 50 restoran Texas Chicken di Malaysia dan telah membuka lima restoran baharu tahun ini, termasuk cawangan pandu lalu di Sunway Mentari. 

"Malaysia adalah salah satu daripada 5 negara terbaik Texas Chicken di seluruh dunia, dan kami amat berbangga untuk memiliki Envictus sebagai rakan francais kami di pasaran ini. Tahun 2019 dan 2020 merupakan tempoh yang menarik untuk Texas Chicken kerana kami bakal melancarkan penjenamaan semula restoran kami dan Malaysia merupakan salah sebuah pasaran utama yang akan ditampilkan," kata Yang Ming Ong, Naib Presiden, Texas Chicken Business. 

Evolusi berterusan Texas Chicken dalam membangunkan perniagaannya turut membuktikan dedikasi dan semangat mereka untuk mendekatkan diri dengan budaya Malaysia di mana kedua-dua jenama ini dan rakyat Malaysia berkongsi citarasa yang sama dalam memilih hidangan yang lazat, segar dan berkualiti. 

(Dari Kiri) Dato Jaya JB Tan, Chairman of Envictus International Holdings Limited, Mr. Khor Sin Kok, Group Chief Executive Officer, Envictus International Holdings Limited and Mr. Lim Teck Huak, General Manager of Texas Chicken Malaysia

“Hari ini, lebih daripada 90% isi rumah Malaysia memiliki kereta. Dengan itu, pembukaan restoran berkonsepkan Pandu Lalu merupakan langkah yang tepat dalam mengembangkan perniagaan kami di sini. 

Dengan gaya hidup rakyat yang kian sibuk, kami memahami keperluan pengguna yang sentiasa kesuntukan masa lalu mencari kemudahan yang dapat membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Oleh itu, kami yakin bahawa cawangan baharu kami ini akan mendapat sambutan yang baik daripada para pengguna, terutamanya mereka yang mengidamkan kelazatan ayam dan biskut yang enak,” kata Dato 'Jaya Tan. 

Texas Chicken Sunway Mentari berkeluasan 3,500 kaki persegi dan dilengkapi dengan 146 tempat duduk. Hiasan dalamannya yang ceria dan selesa direka khas untuk menambat hati komuniti pelajar, golongan dewasa dan keluarga. Restoran Texas Chicken juga menawarkan pengisian semula minuman ringan percuma yang memberikan lebih nilai kepada para pelanggannya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, sila layari: www.TexasChickenMalaysia.com

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA