PROJECTOR BAND KEMBALI DENGAN "AKHIRNYA KU TAHU"


“AKHIRNYA KU TAHU”, hadiah Projector Band buat peminat yang telah lama menantikan single ini. Lagu hasil ciptaan Razif dan lirik ditulis oleh Jimie mula menjadi perhatian peminat apabila lagu yang dimainkan secara akustik ini mendapat jumlah tontonan di Youtube melebihi satu juta dalam waktu yang singkat sebelum ia direleasekan.

Selepas muncul dengan single ketujuh beliau “Cinta Kita” yang merupakan gabungan Slow Rock dan Rap, kini Projector Band kembali dengan genre Slow Rock seperti mana single-single beliau sebelum ini. Lagu “Akhirnya Ku Tahu” mengisahkan tentang percintaan yang terputus di tengah jalan setelah wanita yang dicintainya mula berubah sikap dan curang.

Lelaki tersebut cuba untuk melupakan segala kenangan dan berharap selendang yang dihadiahkan bekas kekasihnya itu mampu mengurangkan rasa rindu. Akhirnya lelaki tersebut sedar bahawa mencintai tidak seharusnya memiliki.

Akhirnya Ku Tahu terbitan dan edaran Media Asia Production Sdn Bhd (MAP MUSIC) ini bakal menemui pendengar pada hujung Disember ini di semua platform digital muzik. 





Ikuti Projector Band:

Instagram : projectorbandofficial
Facebook : Projector Band Official
Youtube : Projector Band Official

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

PANDUAN RINGKAS UNTUK WANITA KEKAL KONSISTEN DEMI MENCAPAI MATLAMAT KESIHATAN

HOLISTIC WAY PERKENAL EMPAT PRODUK BAHARU UNTUK GAYA HIDUP LEBIH SIHAT & CERGAS