SA SA LANCARKAN KEDAI EKSKLUSIF DI SHOPEE



Sa Sa, sebuah syarikat peruncit kosmetik, produk penjagaan kulit dan produk wangian terkemuka Asia yang diasaskan di Hong Kong, telah membuka kedai atas taliannya di Shopee secara rasmi untuk menembusi pasaran pembeli produk kecantikan atas talian yang besar di Malaysia.

Para pembeli akan menjadi rambang mata apabila melihat bermacam-macam pilihan produk di Kedai Rasmi Sasa di Shopee yang menawarkan lebih daripada 1,000 produk kecantikan yang merangkumi produk penjagaan kulit dan kosmetik seperti pelembap kulit, pembersih muka, sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari, bedak asas, lipstik dan penggaris mata. Selain daripada jenama sendirinya seperti Cyber ​​Colors dan Suisse Programme, Sa Sa juga mempunyai jenama antarabangsa termasuk Laura Mercier, YSL, Clinique, Dr. Jart+, dan Clarins. 

Dr Simon Kwok, SBS, JP, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sa Sa International Holdings Limited, berkata, "Kami percaya Sa Sa akan dapat memenuhi keperluan kecantikan rakyat Malaysia melalui perkongsian strategik ini bersama Shopee. Dengan jangkauan pelanggan yang luas dan ciri-ciri inovatif yang menawarkan pengalaman membeli-belah atas talian yang menarik dan bersifat sosial di Shopee, kami berharap dapat mengembangkan kehadiran atas talian kami dan berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan memenuhi segala keperluan mereka. Kami akan terus berusaha untuk memberikan lebih kepelbagaian dalam variasi produk dan menjadikan pembelian produk kami bukan sahaja mudah tetapi juga menyeronokkan." 

Untuk meraikan pelancaran rasmi Kedai Rasmi Sasa, para peminat bakal menikmati tawaran terbaik pada Jualan Kilat Shocking Sale Shopee sepanjang 17 Mac 2020. Produk kegemaran ramai seperti L’Oreal Paris Free The Nudes By Clr Riche, Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Recovery Complex II, Christian Dior Lip Glow Color Awakening Lipbalm, Kiehl Ultra Facial Cream, Sulwhasoo ESSENTIAL dan banyak lagi akan ditawarkan kepada pengguna Shopee pada harga eksklusif. 







"Kategori Kesihatan & Kecantikan selama ini merupakan salah satu kategori yang paling popular di Shopee, bukan sahaja semasa tempoh kempen tetapi juga pada hari-hari biasa. Sa Sa membawakan pelbagai jenis produk yang sesuai untuk semua jenis dan tona kulit. Oleh itu, ia memudahkan pelanggan kami untuk mencari barangan keperluan kecantikan mereka di kedai ini. Kami berasa teruja dengan kehadiran mereka di Shopee," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee. 

Para pembeli boleh merebut peluang untuk berjimat dengan lebih banyak lagi dengan Shopee. Mereka boleh dapatkan lebih nilai apabila membeli tawaran bundle untuk menikmati penjimatan tambahan sebanyak 10%. Untuk satu hari sahaja pada 17 Mac 2020, gunakan baucar SASABL10 untuk menikmati potongan harga 10% atas pembelian barangan Sasa anda, tanpa perbelanjaan minimum; SASABL15 untuk menikmati potongan harga 15% dengan perbelanjaan minimum RM180 dan SASABL20 untuk menikmati potongan harga 20% dengan perbelanjaan minimum RM260 sebagai tambahan kepada tawaran bundle. 

Untuk menikmati tawaran menarik yang terdapat di Kedai Rasmi Sasa di Shopee, layari https://shopee.com.my/sasa.os dan tambahkan produk kegemaran anda ke dalam wishlist anda. 


Kedai Rasmi Sasa merupakan kedai rasmi di bawah Shopee Mall yang terhad hanya kepada jenama, pengedar dan rakan runcit rasmi sahaja. Pembeli dijamin bahawa barangan yang dibeli adalah 100% asli, disertai pemulangan 15 hari dan penghantaran percuma apabila mereka membeli-belah dari Shopee Mall sambil mendapatkan Shopee coins.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING