SILKY GIRL RAIKAN ULANG TAHUN KE-15 DENGAN BLOSSOM COLLECTION



Ia merupakan cinta pada mekar pertama! Kumpulan Alliance Cosmetics melancarkan SILKYGIRL pada bulan Mei 2005, menambah kepada keseronokan baharu dalam landskap kosmetik warna dalam pasaran runcit massa.

SILKYGIRL menawarkan rangkaian kosmetik warna yang lengkap yang memenuhi keperluan pengguna yang bijak di pasaran bandar dan pinggir bandar.

Sebagai jenama yang menyeronokkan, berjiwa muda dan memancarkan keyakinan, janji teras kami disampaikan melalui trend warna dan kosmetik terkini, dan spesifikasi produk yang berkualiti tinggi, namun masih didapati dalam harga mampu milik.

Selama ini, SILKYGIRL ingin memberikan setiap gadis tahap keyakinan dan cinta diri yang diperlukan untuk memekar seperti sekuntum bunga dan menonjolkan kecantikan diri sendiri.

Pada tahun 2020, kami berbangga untuk mengumumkan satu pencapaian istimewa - ulang tahun kami yang ke-15! Untuk meraikan sambutan yang menggembirakan ini, kami berasa teruja untuk memperkenalkan SILKYGIRL Limited Edition Blossom Collection yang direka khas yang mengandungi rangkaian produk yang mesti dimiliki!


SILKYGIRL LIMITED EDITION BLOSSOM COLLECTION 


SILKYGIRL Matte Junkie Lip Cream

Apabila anda fikirkan tentang krim bibir, pastinya SILKYGIRL Matte Junkie Lip Cream akan terbayang dalam fikiran. Pewarna bibir yang tahan pemindahan ini tampil dengan kemasan matte, dan mampu kekal di bibir sepanjang aktiviti siang dan malam anda. Kini terdapat dalam 4 warna edisi terhad, yang berpigmen tinggi untuk melengkapkan rupa matte anda!

Warna: 13 Spring, 14 Cherry, 15 Petal, 16 Bloom
Harga jualan disyorkan (RSP): RM24.90 


SILKYGIRL Bloom ‘n’ Blush 

Jangan hanya terpikat dengan bungkusan cantik dan corak bunganya yang timbul. Blusher atau pemerah pipi yang berpigmen tinggi ini memberikan tekstur ultra halus yang lembut pada pipi, memberikan sinaran yang diingini untuk pipi yang tampil semulajadi dan sihat.

Warna: 01 Pretty Pink, 02 Delicate Peach
RSP: RM25.90 


SILKYGIRL No-Pore Blur Powder

Kaburkan pori-pori dan sembunyikan parut dengan SILKYGIRL No-Pore Blur Powder. Bedak bertekstur lembut ini pasti akan memberikan kulit yang sempurna, cerah dan licin.

Warna: 01 Natural
RSP: RM22.90 


SILKYGIRL Oh My Gel Liner

Menambah kepada koleksi ini ialah SILKYGIRL Oh My Gel Liner yang mendefinisikan mata secara dramatik dengan warna yang pekat dan kuat. Formulanya yang berkrim dan mempunyai liputan tinggi bersifat lembut dan tidak akan menarik kelopak mata. Ia juga boleh digunakan sebagai pembayang mata.

Warna: 01 Intense Black
RSP: RM19.90 


SILKYGIRL Oh Eye See Sharp Liner

SILKYGIRL Oh Eye See Sharp Liner memberikan ketepatan yang unggul dengan matanya yang amat tajam. Gariskan dan tonjolkan bentuk mata anda dengan formula hitam yang kuat dan berpigmen tinggi. Anda boleh menggayakan eyeliner bersayap sepanjang hari dengan daya tahan lamanya, manakala formula berasaskan air membolehkannya ditanggalkan dengan mudah.

Warna: 01 Super Black
RSP: RM23.90 



SILKYGIRL Fragrance Mist

Pelengkap kepada koleksi ini ialah SILKYGIRL Fragrance Mist - penyembur rambut dan badan yang membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sepanjang hari. Berguna untuk semburan pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Pilih daripada jenis wangian berbau harum ini:
Love Bloom, Magic Dream, Pure Bliss
RSP: RM14.90 


SILKYGIRL Blossom Collection boleh didapati secara eksklusif secara atas talian di Kedai Rasmi SILKYGIRL di Shopee dari 3 Mac 2020.

Bersempena dengan Shopee 3.3 Mega Sale, dapatkan baucar di Shopee untuk menikmati diskaun 20% untuk produk SILKYGIRL kegemaran anda apabila anda membelanjakan RM50, sah pada 3 Mac sahaja; dan nikmati baucar termasuk diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM40 dan diskaun RM8 dengan perbelanjaan minimum RM65. Sah hingga 31 Mac, sementara stok masih ada.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO