BERITA TV9 KINI LEBIH MANTAP, RELEVAN DAN DIYAKINI
Saluran berita nombor 2 negara kini tampil lebih relevan dengan memaparkan siaran berita sejam awal menerusi Berita TV9 Jam 7:00 malam bermula 1 Ogos lalu. Pertukaran waktu berita di TV9 adalah untuk memberikan berita perdana terawal kepada penonton setianya selama 30 minit.
Berita TV9 Jam 7:00 malam juga turut menampilkan 7 pembaca berita baharu dan sedia ada iaitu Ahmad Barr Zainal Abidin, Intan Syazwina Suhaimi, Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz,Nur Affiza Azmi, Wan Saifulizam Wan Ahmad, Shamellya Norazizi dan Zaira Sri Zakaria.
Skop berita lebih eksklusif serta perkongsian informasi yang penonton perlu tahu, membuatkan Berita TV9 Jam 7:00 malam kini menjadi tontonan ramai. Peningkatan purata jumlah penonton dapat dilihat di mana kini telah mencecah lebih daripada 220 ribu penonton (sumber Nielsen) dan mengekalkan kedudukannya sebagai berita perdana nombor 2 negara.
Situasi masa kini membuatkan masyarakat kini lebih prihatin dan ingin mengetahui tentang isu-isu semasa berkaitan kemanusiaan dan komuniti dalam negara. Skop menarik seperti ini membuatkan kandungan berita ini berlainan daripada saluran lain dan pada masa sama turut memberi laluan kepada Berita TV9 Jam 7:00 malam menjadi saluran berita perdana pilihan ramai .
Kandungan berbeza ini merangkumi 4 segmen mingguan menarik seperti segmen Pintu Rezeki setiap hari Isnin yang memberi inspirasi kepada penonton untuk menjana pendapatan, segmen Bijak Tani pada setiap Selasa akan mengetengahkan tentang industri dan teknologi pertanian serta perkongsian daripada mereka yang terlibat dalam bidang ini. Pada setiap hari Khamis, penonton akan dibawa melihat pelbagai aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan oleh persatuan atau individu dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan menerusi segmen Cari Pahala. Akhir sekali segmen Tradisi Kita membawa penonton menerokai pelbagai tradisi yang terdapat dalam Malaysia yang kian dilupakan.
Bermula 9 Ogos ini nanti, Berita TV9 Jam 7:00 malam ini juga akan disiarkan serentak secara langsung di platform digital rasmi TV9 iaitu YouTube dan juga Facebook. Nantikan perkongsian informasi eksklusif di Berita TV9 Jam 7:00 malam pada setiap hari hanya di TV9. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.
Comments
Post a Comment