DŌTERRA SUMBANG RM100,000 KEPADA YANG KURANG MAMPU


Syarikat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu serta peneraju dunia dalam pasaran Aromaterapi dan Minyak Esensial dunia, dōTERRA, telah baru-baru ini menyumbangkan RM 100,000 untuk program jangkauan masyarakat mereka di Malaysia. 

Dianjurkan buat kali yang kedua semenjak pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun yang lepas, dōTERRA Malaysia telah berganding bahu dengan dua NGO tempatan, iaitu Hope Selangor dan National Cancer Society of Malaysia (NCSM) untuk memberikan bantuan makanan dan keperluan harian kepada keluarga kurang mampu di Selangor dan juga membantu membina kemudahan fasiliti terapi mainan untuk kanak-kanak di NCSM, masing-masing menerima RM 50,000 sebagai sumbangan. 

Menekankan komitmen jangka masa panjang syarikat tersebut terhadap pemerkasaan masyarakat, Ethan Wang, Pengurus Besar dōTERRA Malaysia menganggap inisiatif terbaru ini sangat penting kerana wabak COVID-19 terus menjejaskan kehidupan seharian rakyat Malaysia. "Sudah lebih dari setahun setengah negara kita berada di dalam situasi pandemik ini dan kami kerap mendengar kisah ramai orang yang bersusah kerana hilang punca pendapatan dan tidak mempunyai bekalan makanan dan keperluan harian yang mencukupi untuk menyara hidup. "Usaha jangkauan masyarakat yang dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk saling menyokong dan mengangkat satu sama lain turut memberi inspirasi dan mendorong kami untuk melakukan lebih banyak lagi untuk golongan yang memerlukan. Menerusi kerjasama dengan pihak Hope Selangor, kami akan menyediakan bahan makanan dan bekalan keperluan harian kepada lebih dari 625 keluarga B40 di Selangor," kata Wang. 

Pengasas bersama Hope Selangor, Prema Arasan, berkata "Disebabkan oleh kes jangkitan COVID-19 yang tinggi, ramai pesakit yang positif COVID-19 kini disarankan untuk menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan masing-masing di rumah sendiri. Bersama dengan sokongan doTERRA, kami kini membantu masyarakat yang kurang bernasib baik terutama mereka yang sedang kuarantin di rumah dengan pembekalan barang-barang seperti makanan, ubat-ubatan, peralatan kebersihan, alat ujian kendiri Covid-19 dan juga silinder oksigen mudah alih." 

Selain inisiatif 'Engage in Good 2.0', dōTERRA juga telah menyumbang sebanyak RM50,000 untuk National Cancer Society of Malaysia (NCSM) untuk membantu usaha membina kemudahan terapi bermain untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah barah. “Kami berjaya mengumpul sebanyak RM 50,000 menerusi sebuah kempen penjualan yang dianjurkan baru-baru ini untuk menyokong pembinaan kemudahan terapi bermain untuk anak-anak NCSM. 

"Syarikat kami percaya terhadap moto NCSM, iaitu 'memberi harapan dan meraikan kehidupan', dan kami berharap agar kanak-kanak di NCSM akan mendapat manfaat daripada terapi bermain ini," tambah Wang. 


Sri Ram Seetha, pakar terapi permainan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia berkata, “Kami sangat berterima kasih atas kemurahan hati pihak doTERRA dalam menyokong pembinaan pusat terapi bermain kami. Kemudahan ini disediakan secara percuma kepada kanak-kanak yang mengalami penyakit kanser dan lebih lagi pada masa sekarang di mana kanak-kanak tidak dapat bermain dengan bebas dan pergi ke luar rumah, terapi bermain ini terbukti menjadi aspek yang sangat penting dalam membantu mereka mengharungi situasi ini.” 

"Terapi bermain bukan hanya bermain dengan mainan, tetapi ia mampu memberi kebebasan imaginasi dan membantu mereka secara psikologi dan emosi, sementara mereka menjalani rawatan perubatan fizikal. Ini sangat membantu kanak-kanak yang menghidap kanser untuk terus kekal positif dalam menjalani kehidupan seharian,” tambahnya. 

Kerja-kerja amal yang dijalankan oleh pihak doTERRA di Malaysia adalah berlandaskan pertubuhan amal antarabangsa, dōTERRA Healing Hands Foundation™ yang memberi tumpuan kepada memperkasakan komuniti dan menyokong pelbagai organisasi amal. Khususnya, dōTERRA Malaysia telah aktif melibatkan diri dalam usaha-usaha pemerkasaan masyarakat sejak ia mula beroperasi di sini pada bulan April 2017, dengan jumlah sumbangan lebih dari RM 537,000 untuk kerja jangkauan masyarakat di tanah air.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI