BBW BERIKRAR UNTUK BANTU 2,000 KOMUNITI YANG MEMERLUKAN
Andrew Yap, Pengasas Big Bad Wolf Books menyumbangkan buku-buku kepada Cikgu Hidayah dan kanak-kanak dari Tabika Perpaduan Taman Alam Indah |
Kejadian banjir baru-baru ini telah menjejaskan kehidupan ramai penduduk di beberapa tempat di negara kita. Gudang Big Bad Wolf Books yang terletak di Taman Alam Indah, Shah Alam juga mengalami impak yang hebat dari musibah banjir tersebut.
Gudang dengan keluasan 200,000 kaki persegi yang digunakan untuk menyimpan lebih 20 juta buku telah mengalami kerosakan antara RM40 sehingga RM50 juta akibat ditenggelami air.
Big Bad Wolf Books menyumbangkan buku-buku kepada keluarga-keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir di Bukit Lanchong. |
Walaupun dilanda kerugian akibat kerosakan jutaan buku, Big Bad Wolf Books telah mengumumkan hasratnya untuk membantu komuniti yang memerlukan, terutama mereka yang terlibat dengan kejadian banjir tersebut melalui program jangkauan jangka panjang. Big Bad Wolf membuat komitmen untuk menderma buku-buku kepada 2,000 komuniti yang memerlukannya, termasuk tadika, perpustakaan sekolah, keluarga golongan kurang berkemampuan dan anak-anak yatim, pusat kejiranan komuniti dan flat kos rendah dan yang utamanya mereka yang ingin mendapatkan buku-buku untuk pembinaan perpustakaan, di seluruh negara.
YB Michelle Ng, Ahli Parlimen Subang bersama penerima sumbangan buku dari Bukit Lanchong. |
Big Bad Wolf Books berhasrat untuk memulakan usaha ini, buka sahaja untuk memulihkan dan membina semula perniagaannya tetapi juga untuk membantu komuniti-komuniti untuk bangkit semula. Program jangkauan komuniti ini memerlukan bantuan dan sokongan daripada individu, organisasi dan juga badan korporat yang ingin menaikkan taraf kehidupan masyarakat dengan memperkasakan mereka. Big Bad Wolf Books mengalu-alukan penglibatan daripada orang ramai, NGO, NPO, rumah kebajikan, dan juga sektor perniagaan, pendidikan dan korporat untuk menjadi rakan Kerjasama dengan sama ada membeli buku-buku untuk membina perpustakaan atau mengambil inisiatif untuk membeli buku yang akan dikumpulkan untuk tujuan tersebut.
Andrew Yap, Pengasas Big Bad Wolf Books bersama kanak-kanak dari Tabika Perpaduan Taman Alam Indah |
Big Bad Wolf Books baru-baru ini telah menyumbangkan ratusan buku kepada keluarga-keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir tempoh hari di Kampung Bukit Lanchong dan Tabika Perpaduan Taman Alam Indah. Kanak-kanak di tabika tersebut juga menerima permainan puzzle untuk dibawa pulang. Beberapa ratus buku juga disumbangkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Taman Sri Muda yang terjejas teruk oleh banjir. Di samping itu, buku-buku turut disumbangkan ke pelajar-pelajar yang menetap di Taman Subang Mewah, sebagai sebahagian daripada program balik ke sekolah, anjuran Ahli Parlimen Subang, YB Michelle Ng.
Antara buku-buku yang disumbangkan oleh Big Bad Wolf Books untuk Program Balik ke Sekolah anjuran YB Michelle Ng di Taman Subang Mewah_ |
Orang ramai dialu-alukan untuk menyokong usaha murni ini dengan membeli buku-buku di Jualan Comeback Big Bad Wolf Books mulai 14 sehingga 23 Januari 2022. Para pengguna media sosial juga digalakkan untuk berkongsi “I’m Back! Bigger, Stronger, Badder” di Facebook, Instagram dan Twitter. Dalap setiap perkongsian atau ciapan, Big Bad Wolf Books akan menyumbangkan buku-buku kepada komuniti yang memerlukannya [satu perkongsian = satu buku].
Datuk M. Magendran, PengetuaSMK Taman Sri Muda bersama buku-buku yang telah disumbangkan olehBig Bad Wolf Books |
Big Bad Comeback Online Sale menawarkan promosi Beli 10 Percuma 5, dan dengan diskaun harga buku sehingga 95% dan juga penghantaran percuma (Semenajung Malaysia) bagi pembelian minimum RM100.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Big Bad Wolf Books’Online Store: https://mycountdown.bbwbooks.com/.
Corporate Website: https://bigbadwolfbooks.com/.
Facebook: https://www.facebook.com/bbwbooks.
Instagram: https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/.
Twitter: https://twitter.com/bigbadwolfbooks.
Hashtag: #BigBadWolfBooks #BigBadComeBack
Comments
Post a Comment