HARUS TONTON: 7 FILEM WONG KAR WAI TERMASUK 5 RESTORASI BAHARU
MUBI, distributor global dan servis strim filem berkurasi, mengumumkan yang ia akan mengeluarkan tujuh buah filem daripada pengarah filem tersohor Wong Kar Wai di Malaysia, termasuklah lima buah filem yang telah direstorasi. MUBI mempersembahkan koleksi ini bermula 12 Disember 2021 di platform strimnya.
Dikenali sebagai salah seorang pengarah filem terhebat dewasa ini, Wong Kar Wai mengambil masa lima tahun untuk merestorasi koleksi ini, yang turut merangkumi adikarya terhebat beliau sepanjang dekad, termasuklah: 2046 (2004), Chungking Express (1994), Fallen Angels (1995), Happy Together (1997), dan In the Mood for Love (2000). Restorasi ini diketuai oleh L’Immagine Ritrovata dan diselesaikan di Bologna dan Hong Kong di bawah selian Wong Kar Wai, dan juga kolaborasi bersama Criterion. Musim ini turut merangkumi filem Ashes of Time Redux (2008) dan The Hand (2004).
Rilis koleksi baru ini hadir selepas dua puluh tahun tayangan perdana In the Mood for Love, filem yang memenangi pelbagai anugerah, dan juga mendapat pujian yang meluas di seluruh dunia pada debut di Festival Filem Cannes 2000 yang menyaksikan Tony Leung Chiu-wai menjadi pelakon Hong Kong pertama yang memenangi anugerah Best Actor Prize, manakala Christopher Doyle, Mark Lee Ping-bing dan William Chang Suk Ping menerima Grand Prize of the Superior Technical Commission.
Koleksi penuh tujuh buah filem ini kini boleh distrim di MUBI di Malaysia. Aturan lengkap dan tarikh adalah seperti berikut.
In the Mood for Love (2000) - 12 Disember 2021
Diset pada tahun 1960an di Hong Kong, bintang filem Tony Leung Chiu-wai (Infernal Affairs, The Grandmaster) dan Maggie Cheung Man Yuk (Days of Being Wild, Hero) memainkan watak yang melonjakkan karier mereka sebagai pasangan jiran baru, Mr. Chow dan Mrs. Chan. Walau pertemuan pertama mereka agak sopan dan terkawal, namun akhirnya menyedari bahawa ketidakhadiran pasangan mereka adalah kerana mereka saling menjalani hubungan sulit.
Chungking Express (1994) — 19 Disember 2021
Antara karya terhebat sinema tahun 1990an, Chungking Express menyaksikan snapshot empat kehidupan yang saling berkait yang disatukan dibawah lampu-lampu tiruan dan lorong-lorong labirin di Chungking Mansions, sebuah kompleks komersil di Hong Kong. Dibintangi oleh Brigitte Lin (Ashes of Time), Tony Leung Chiu-wai (In the Mood for Love) dan penyanyi dan pelakon Faye Wong (2046), kisah indah namun melankolik ini memperlihatkan kesunyian, patah hati dan pencarian sesebuah hubungan yang semakin pudar dalam dunia yang semakin terasing, dan diperkukuhkan lagi dengan status auteur antarabangsa Wong Kar Wai.
Fallen Angels (1995) — 26 Disember 2021
Asalnya sebahagian daripada filem Wong Kar Wai, Chungking Express, Fallen Angels Originally conceived as part of Wong Kar Wai’s Chungking Express, Fallen Angels merupakan ‘nocturnal relative’, sebuah thriller-romantik yang gelap disebalik a dark romantic-thriller set against the pemandangan waktu malam bandar Hong Kong. Filem ini menyaksikan hubungkait nasib beberapa karakter misteri di bawah sinaran lampu neon metropolis, termasuk seorang pembunuh upahan yang insaf dan ingin meninggalkan pekerjaannya, pembantunya yang sukar difahami namun memendam rasa cinta kepadanya dan usahawan bisu yang mempunyai bisnes yang aneh.
Happy Together (1997) — 2 Januari 2022
Tayangan perdana di Festival Filem Cannes 1997, Happy Together memberi kemenangan kepada Wong Kar Wai sebagai Pengarah Terbaik, anugerah pertama dalam sejarah kepada penerima dari Hong Kong. Kisah cinta pasangan ‘queer’ yang di set di Argentina, ia dibintangi oleh pelakon diraja Hong Kong, Tony Leung Chui-wai dan Leslie Cheung sebagai pasangan kekasih ‘on-and-off’ yang mempunyai hubungan yang penuh ghairah dan tidak menentu mula hilang kawalan. Kisah cinta, obsesi dan pengasingan yang meruntun jiwa ini merupakan salah sebuah karya Wong Kar Wai yang amat dahsyat.
2046 (2004) — 9 Januari 2022
2046, hasil karya Wong Kar Wai yang berhantu dan sekuel enigmatik kepada adikarya tahun 2000 beliau, In The Mood For Love, yang ditayangkan pada Festival Filem Cannes 2004. Dibintangi Tony Leung Chiu-wai sebagai penulis yang terperangkap di antara masa silam, masa kini dan masa depan, dan menampilkan barisan pelakon terhebat antaranya Zhang Ziyi, Gong Li dan Faye Wong, 2046 merupakan sebuah explorasi romantik dan melankoli tentang perhubungan antara cinta, waktu dan memori yang digambarkan oleh auteur Hong Kong yang dipenuhi visual indah penuh karakter.
The Hand (2004) — 16 Januari 2022
The Hand adalah versi sambungan kepada kontribusi Wong Kar Wai untuk Eros, sebuah antologi filem tiga bahagian termasuk karya Michelangelo Antonioni dan Steven Soderbergh. Tahun 1960an di Hong Kong, filem ini menampilkan Chang Chen (Happy Together) sebagai pembantu tukang jahit yang dihantar untuk mengambil ukuran seorang pelacur kelas atasan yang dimainkan oleh Gong Li (Memoirs of a Geisha). Pertemuan pertama yang intim membuatkan beliau membuat pakaiannya dengan penuh kasih untuk beberapa tahun sehingga perniagaan beliay berkembang dan si dia jatuh susah.
Ashes of Time Redux (2008) — 23 Januari 2022
Satu-satunya filem wuxia atau filem seni mempertahankan diri Wong Kar Wai, Ashes of Time Redux merupakan versi revisi kepada filem epik 1994 dengan nama yang sama, dan merupakan adaptasi longgar kepada novel The Eagle-Shooting oleh Louis Cha. Disampaikan melalui pilihan karakter pengarah untuk mood dan bukannya naratif klasik, ia menampilkan beberapa bintang hebat Hong Kong antaranya Leslie Cheung, Brigitte Lin dan Tony Leung Chiu-wai dalam kisah romantis dendam dan meruntun jiwa di padang pasir Jianghu.
Comments
Post a Comment