KWAI CHAI HONG PERSEMBAHKAN INSTALASI 'LIVE WILD & PROSPER'


Sempena sambutan Tahun Harimau di Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, Kwai Chai Hong telah menampilkan instalasi seni yang diilhamkan daripada harimau Malaya. Ikon kebanggaan negara ini merupakan simbol yang utama bagi semua rakyat Malaysia, namun kewujudannya sedang mengalami ancaman yang hebat. 


Dengan tema ‘Live Wild & Prosper 虎星高照迎新年’, instalasi seni ini memberi sorotan kepada pentingnya usaha untuk menyelamatkan harimau Malaya daripada ancaman kepupusan dan menggalakkan para pengunjung Kwai Chai Hong untuk membantu menyebarkan kesedaran tentang isu ini sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.


Dalam instalasi seni ini, Kwai Chai Hong telah menggandingkan dua artis tempatan untuk menzahirkan hubungan di antara harimau Malaya dengan umat manusia. Artis berpengalaman, Alice Chang dari Lai Lai Art Studio kembali dengan skulptur ‘Keluarga Harimau Malaya’ - sepasang harimau yang sedang menjaga anak mereka - melambangkan kasih sayang, harapan, perlindungan dan sokongan. 

Untuk membantu usaha pemuliharaan WWF-Malaysia, 100% daripada hasil jualan skluptur ini akan didermakan untuk menyelamatkan harimau Malaya dari ancaman kepupusan.


Lorong Kwai Chai Hong kini dihiasi dengan indah dengan kain rentang merah dan putih. Dengan judul ‘Stretch Out’, artis dan DJ muzik, Odd menggunakan avant-garde Stretch Fabric dan seni menggunting kertas Cina, untuk menggabungkan teknik moden dan tradisional untuk mengetengahkan intipati komuniti Cina moden. 


Kwai Chai Hong dibuka kepada orang ramai dari jam 9 pagi sehingga 10 malam, Instalasi seni Live Wild & Prosper akan dilangsungkan mulai 14 Januari sehingga 20 Februari 2022. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kwaichaihong.com/live-wild-prosper.

Ikuti perkembanagn terkini Project Kwai Chai Hong di Facebook, Instagram atau laman web www.kwaichaihong.com

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’

FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN