‘PINWHEELS OF GOOD FORTUNE’ DI AVENUE K SHOPPING MALL
Sempena Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, Avenue K Shopping Mall telah mentransformasikan ruang legar, Atrium dengan jixiang lun (‘kincir angin bertuah’) dari sekarang sehingga 15 Februari 2022. Bertemakan‘Pinwheels of Good Fortune’, sebuah kincir angin gergasi dengan ketinggian 18 kaki yang di kelilingi oleh ratusan kincir angin yang kecil telah menjadi tarikan utama bagi paa pengunjung Avenue K.
Menurut kepercayaan masyarakat Cina, kincir-kincir angin ini dapat membawa tuah dan meniup jauh nasib kurang baik. Selain daripada kincir-kincir angin, Avenue K turut dihiasi dengan pokok-pokok bunga yang mekar, menandakan ketibaan musim bunga!
Beli-belahlah di Avenue K untuk mendapatkan segala persiapan untuk menyambut Tahun Baharu Cina di mana tersedianya gerai-gerai seperti La Vie de Reve, Customind dan Village Grocer. Anda akan rambang mata apabilamelihat pelbagai pakaian dan aksesori yang cantik dari Tang-Jin dan Bei Bei Collection.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan seperti Beauties from the East dan Street Art Lion Dance yang bakal dianjurkan pada setiap hujung minggu mulai 15 Januari 2022.
Orang ramai dialu-alukan untuk menhadiri acara signatur – Tarian singa Akrobatik oleh Kumpulan Tarian Singa Kun Seng Keng dan Upacara Menjemput Tuah (Wealth Ushering Ceremony) pada 8 Februari 2022.
Avenue K juga memberi ganjaran eksklusif kepada para pengunjung yang berbelanja – dengan setiap pembelian RM138 dan ke atas, dalam maksimum dua resit, anda boleh menebus satu set sampul Avenue K Ang Pow yang eksklusif, manakala dengan pembelian RM238 dan ke atas, anda akan menerima Set Good Fortune, yang mengandungi sampul Ang Pow, baucar makanan (bernilai RM20) dan peluang untuk memutar Wheel of Good Fortune. Di Wheel of Good Fortune, anda berpeluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM50 atau hadiah misteri!
Selain daripada itu, Avenue K juga sedang menganjurkan peraduan Facebook “Prosperity Guess”. Lapan pemenang akan membawa pulang hadiah bernilai RM100 setiap satu!
Sebagai sebahagian daripada usaha Tanggung Jawab Sosial Korporat, pihak pengurusan Avenue K turut akan meraikan para penghuni warga emas Rumah Kasih dengan membawa mereka membeli-belah di Max Fashion, menerima ang pao daripada Pegurus Besar Avenue K, Ms. Phang Sze Sze, dan menjamu selera dengan makanan yang disediakan oleh Noodle Shack.
Memandangkan Hari Memperingati Kekasih, Valentine’s Day turut jatuh pada tempoh Tahun Baharu Cina tahun ini, Avenue K juga mendirikan Wall of Love di mana para pengunjung dialu-alukan untuk menulis sajak cinta bagi orang yang tersayang. Avenue K akan memberikan bunga mawar secara percuma pada 14 Februari 2022.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
Comments
Post a Comment