SHAKE SHACK MELEBAR SAYAP KE MALAYSIA PADA TAHUN 2023

 

Shake Shack Inc. (“Shake Shack” atau “Syarikat”) (NYSE: SHAK) dan pemegang lesen SPC Group telah mengembangkan perkongsian mereka dan mengumumkan rancangan untuk membuka 10 cawangan Shake Shack di Malaysia menjelang 2031. 

Shake Shack ialah gerai burger “tepi jalan” moden yang terkenal dengan burger daging Angus 100% semula jadi, sandwic ayam dan ‘hot dog’ daging lembu Vienna bermuka rata (dijamin tidak mengandungi hormon atau antibiotik), kastard beku diputar segar, kentang goreng ‘crinkle cut’, bir kraf, wain dan banyak lagi. Dengan makanan yang segar, ringkas dan berkualiti tinggi pada nilai yang hebat

Sejak cawangan Shack asal dibuka pada 2004 di Madison Square Park,NYC, syarikat itu telah berkembang ke lebih daripada 350 lokasi, di 30 negeri serta Washington D.C. di Amerika Syarikat, dan juga termasuk lebih daripada 120 lokasi antarabangsa di London, Hong Kong, Shanghai, Singapura, Filipina, Mexico, Istanbul, Dubai, Tokyo, Seoul dan banyak lagi.

“Kami masih terus terpesona dengan keghairahan peminat kami di seluruh dunia dan sangat teruja untuk mengumumkan pengembangan akan datang di Asia Tenggara,” kata Michael Kark, Ketua Pegawai Pelesenan Global Shake Shack. “Ini merupakan negara keenam kami di Asia, dan bersama-sama SPC Group, kami menjangka akan mempunyai lebih daripada 45 cawangan Shake Shack merentas Korea, Singapura dan Malaysia menjelang 2031.”

Perjanjian baharu itu meningkatkan jumlah cawangan Shake Shack dalam kontrak dengan SPC Group kepada 45 menjelang 2031. SPC Group ialah syarikat makanan global terkemuka yang berpangkalan di Korea Selatan dengan 30 jenama dan lebih 7,000 kedai di seluruh dunia.


“SPC Group dan Shake Shack telah mewujudkan perkongsian jangka panjang yang berjaya, yang telah membawa 28 cawangan Shack ke Korea dan Singapura sepanjang lima tahun yang lalu,” kata HeeSoo Hur, Naib Presiden SPC Group Korea, yang telah bekerjasama dengan Shake Shack sejak 2016. “Kami mengalu-alukan peluang untuk mengeratkan hubungan dan membawa misi jenama iaitu Stand for Something Good ke Malaysia.”

Ketahui lebih lanjut: shakeshack.com | IG: @shakeshack | t: @shakeshack | facebook.com/shakeshack

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI