MAGGI MENGGALAKKAN PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK RAKYAT MALAYSIA MENERUSI KEMPEN “SAJIAN SEIMBANG TANDA SAYANG”

Dari kiri: Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad; Sheila Rusly, selebriti TV, usahawan dan penggemar makanan; dan Wong Mei Ching, Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad. 

Setiap hidangan seimbang yang disediakan mencerminkan kasih sayang dan keprihatinan ibu terhadap keluarga. Berdasarkan hal ini, MAGGI telah memperkenalkan kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ pada hari ini untuk menggalakkan pemakanan seimbang dalam kalangan warga Malaysia dan juga sebagai meraikan kreativiti kulinari ibu dalam menyediakan hidangan yang lebih sihat untuk keluarga mereka. Pelancaran kempen ini merupakan permulaan kepada siri inisiatif kesedaran awam yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemakanan secara seimbang.

Diilhamkan berdasar kepada Panduan Pinggan Sihat Malaysia (Malaysian Healthy Plate, MHP) yang diutarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, MAGGI melancarkan kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” untuk menggalakkan para ibu di Malaysia supaya menyediakan hidangan masakan sendiri yang kos efektif dan enak menggunakan mi MAGGI dengan hanya menambah sumber protein dan sayur-sayuran bagi menghasilkan hidangan yang seimbang. MHP yang berasaskan konsep Suku Suku Separuh merupakan panduan visual bertujuan membantu orang ramai merancang pengambilan makanan mereka bagi mencapai hidangan yang seimbang - terdiri daripada ¼ pinggan berisi sumber karbohidrat seperti mi, nasi, roti, bijirin; ¼ pinggan berisi sumber protein seperti telur, tofu, daging, makanan laut malah sumber protein berasaskan tumbuhan; dan ½ pinggan berisi sayur-sayuran atau buah-buahan.

Sheila Rusly mendemonstrasikan cara memasak ‘Balanced Bowl’ dan diperhatikan oleh pakar nutrisi MAGGI Leong Ven Luan.

Pada acara pelancaran kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” MAGGI yang diadakan di Dapur Masak Masak MAGGI hari ini, Sheila Rusly iaitu selebriti TV, usahawan dan penggemar makanan; mempersembahkan cara bagaimana hidangan mi MAGGI kegemaran keluarganya boleh disediakan dengan mudah menggunakan ramuan yang sedia ada di rumah. “Syarat utama dalam menyediakan hidangan yang lazat dan seimbang adalah dengan menggunakan ramuan yang mudah, ditambah dengan air tangan istimewa bagi menyesuaikan hidangan mengikut selera keluarga anda. Semua ini disediakan dengan sentuhan kasih sayang anda,” Sheila menjelaskan.

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Kami teruja melancarkan kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” MAGGI yang bertujuan meraikan semua individu, khususnya para ibu, yang kreatif dalam menyediakan hidangan seimbang yang lazat walaupun sesetengah daripada mereka berdepan dengan kekangan waktu dan kewangan.

Kempen ini bertujuan menggalakkan pilihan makanan yang enak dan sihat dengan menggabungkan 3 elemen teras - mi MAGGI sebagai sumber karbohidrat yang baik, ramuan yang segar dan sentuhan air tangan ibu. “Daya kreativiti yang dimiliki para ibulah yang mengubah semangkuk mi MAGGI menjadi hidangan yang enak yang diisi dengan ramuan yang sedia ada pada setiap keluarga. Ini adalah seiring dengan janji jenama MAGGI dalam membantu rakyat Malaysia untuk Menyajikan Kelainan (Cook the Difference) dan memperkasakan mereka bagi menyediakan hidangan masakan sendiri yang seimbang untuk orang tersayang,” tambah Geetha.






Pakar Pemakanan MAGGI, Ms Leong Ven Luan berkata, “Hidangan yang seimbang adalah penting kerana ia membantu memastikan pengambilan jumlah makanan dan khasiat yang mencukupi daripada pelbagai kumpulan makanan, bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan kita. Selain nasi sebagai makanan ruji kita, mi segera MAGGI juga merupakan asas karbohidrat yang enak dan mudah bagi menyediakan hidangan yang seimbang untuk seisi keluarga. Kita hanya perlu menambah sayuran dan sumber protein ke dalam mi segera MAGGI untuk menghasilkan hidangan seimbang mengikut konsep ‘Suku Suku Separuh’ seperti dalam Panduan Pinggan Sihat Malaysia.”

Mi segera MAGGI yang diperbuat daripada 100% gandum Australia adalah sumber karbohidrat dan protein yang baik, dan dihasilkan di bawah proses pembuatan yang ketat. Mi segera MAGGI juga menawarkan pelbagai perisa yang lazat termasuk Kari, Ayam, Tom Yam dan Asam Laksa, di mana perisa kari MAGGI diperbuat daripada adunan 12 jenis rempah yang terpilih yang dimasak perlahan-lahan sehingga pecah minyak untuk mengeluarkan rasa dan aroma khas, iaitu rasa kari MAGGI yang tersendiri.

Landskap makanan telah berubah dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun trend pengguna menunjukkan peningkatan dalam gaya hidup yang lebih sihat, hasil kajian tentang tabiat pemakanan rakyat Malaysia memberi gambaran yang berbeza. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2019 menunjukkan bahawa walaupun 20% daripada orang dewasa di Malaysia menyedari tentang Panduan Pinggan Sihat Malaysia, namun hanya 14% daripada mereka yang mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Tinjauan juga mendedahkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa dan kanak-kanak (Koo et al., 2016) tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari.

Ketika Malaysia beralih ke fasa endemik, kira-kira 46% daripada rakyat Malaysia merancang untuk terus memasak di rumah dalam normal baharu. Individu yang mempunyai gaya hidup sibuk beralih kepada makanan yang “cepat dan mudah dimasak” - dan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia ialah mi segera. Kajian oleh Kantar Worldpanel FY21 mendedahkan bahawa mi segera adalah hidangan ke-8 teratas di Malaysia dan 44% daripada penggunaan mi segera disediakan untuk hidangan utama.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen “Sajian Seimbang Tanda Sayang” MAGGI, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/sajian-seimbang-tanda-sayang/.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI