HUAWEI MEMPERKENALKAN MATEPAD PRO 13.2" DAN JUGA PRODUK INOVASI BAHARU 'CREATION OF BEAUTY''


Huawei bakal melancarkan produk yang terbaru, satu tambahan kepada siri MatePad iaitu HUAWEI MatePad Pro 13.2” yang bakal tiba di pasaran Malaysia pada 9 Januari 2024. Selain itu, Huawei juga bersedia untuk memperkenalkan HUAWEI MateBook D16, dan juga fon telinga terbuka yang pertama, HUAWEI FreeClip. 

Rekaan baharu HUAWEI MatePad Pro 13.2" menandakan era baharu dalam industri tablet yang mana ia meningkatkan pengalaman yang merangkumi hiburan audio-visual, menulis dan melukis, serta tugas pejabat yang ringan. 

Menampilkan nisbah skrin-ke-badan 94%, ultra-ringan dan reka bentuk ultra-langsing, tablet ini membolehkan ia dibawa ke mana-mana sahaja dengan mudah dan selesa. Tablet ini juga menampilkan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) yang merupakan peranti yang pertama di dunia yang menampilkan teknologi NearLink, yang bersaling hubung dengan lancar dan berinteraksi dengan HUAWEI MatePad Pro 13.2". 

Dengan adanya teknologi NearLink, pengguna kini boleh menulis dengan lebih lancar tanpa "lagging", melukis garisan dengan tepat dan tekanan yang boleh disesuaikan mengikut gaya penulisan yang diinginkan. 

Dengan ciri yang ringan, pengalaman interaktif yang hebat dan interaksi perisian yang cekap, pastinya ramai yang akan menanti-nantikan ketibaan HUAWEI MatePad Pro 13.2". 

PRODUK BAHARU HUAWEI YANG MENARIK 

Huawei juga akan memperkenalkan satu produk audio generasi baharu iaitu HUAWEI FreeClip, fon telinga terbuka yang bergaya dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. 

Pembesar suara tanpa wayar yang sebenar dengan ciri telinga terbuka (TWS) membawakan era baharu dalam pengalaman audio, menampilkan reka bentuk jambatan C yang inovatif, teknologi bunyi kalis bocor, kalis air dan peluh berkadar IP54, dan pengecaman telinga kiri-kanan pintar yang pertama dalam industri. 

Untuk melengkapkan pelancaran 'Creation of Beauty', Huawei juga akan melancarkan HUAWEI MateBook D16, kamputer riba yang kompak dan berkuasa untuk siri MateBooknya. mengekalkan paparan skrin besar 16 inci tetapi lebih ringan dan dilengkapi dengan Intel® Core™ i9 Generasi ke-13 Pemproses Berprestasi Tinggi, teknologi Dual Shark Fin Fan, dan sehingga 70 Wj hayat bateri. 

Alamilah kehebatan komputer riba paling pintar dengan prestasi yang tertinggi dalam kelasnya. 

BUTIRAN PRA-PESANAN: 

Bagi mereka yang tidak sabar-sabar untuk mengalami sepenuhnya barisan produk 'Creation of Beauty', and aboleh melayari Laman Web Rasmi Huawei untuk membuat pra-pesanan bagi HUAWEI MatePad Pro 13.2” bermula dari hari ini hingga 8 Januari 2024. 

Hadiah percuma yang menarik seperti Papan Kekunci Magnetik Pintar HUAWEI, HUAWEI FreeBuds Pro 2, HUAWEI M-PENCIL dan HUAWEI Sound Joy akan menjadi milik anda jika anda membuat tempahan sekarang! 

HUAWEI MateBook D16 dan HUAWEI FreeClip juga akan tersedia untuk pra-pesanan. Jangan ketinggalan untuk,mendapatkan produk berinovasi Huawei untuk memenuhi semua keperluan teknologi yang anda idamkan. 

Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, sila lawati Huawei Experience Store yang terdekat, Laman Web Rasmi HUAWEI, Halaman Facebook Rasmi HUAWEI, atau Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM