TAOBAO MALAYSIA LANCAR JUALAN PERTENGAHAN TAHUN 618 TERHEBAT DENGAN ANTARA MUKA BAHARU DALAM TIGA BAHASA


Taobao Malaysia kembali dengan Jualan Pertengahan Tahun 618, kali ini dengan pelancaran antara muka baharu dalam Bahasa Melayu! Kini, pengguna boleh menikmati pengalaman membeli-belah dalam Bahasa Melayu, Inggeris, atau Cina, menjadikan platform ini lebih mesra pengguna dan mudah diakses.

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pengalaman pengguna, Taobao Malaysia memperkenalkan beberapa ciri inovatif seperti:Ciri Carian Imej – Pengguna boleh mengambil atau memuat naik gambar untuk mencari produk yang serupa melalui teknologi AI.
Coins Cashback – Peluang mengumpul ganjaran ‘Coins’ dan mendapatkan pulangan tunai bagi pembelian dari penjual terpilih.
Ganjaran Eksklusif Pengguna Baharu – Promosi menarik serendah RMB 1 (RM0.62) untuk pembeli kali pertama.

Taobao Komited untuk Menyokong Pengguna Malaysia

Menurut Jess Lew, Pengurus Negara Taobao Malaysia: "Kami ingin menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar, selamat, dan berbaloi kepada pengguna Malaysia. Dengan antara muka tiga bahasa dan sokongan logistik yang dipertingkatkan, kami memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman terbaik di Taobao."

Selain itu, Taobao telah berjaya memperkasakan usahawan tempatan melalui program latihan LiveNOW, yang telah melatih lebih daripada 500 penstrim langsung dan usahawan digital Malaysia.

Promosi Hebat Jualan 618 untuk Masa Terhad! 

Untuk meraikan kemunculan semula jualan ini, Taobao Malaysia menawarkan pelbagai promosi menarik dari 28 Mei jam 20:00 hingga 20 Jun jam 23:29:Penghantaran percuma untuk pesanan melebihi ¥199 (RM116) dengan Coins Cashback.
  • Belanja dan Menang Tiket Penerbangan ke Seoul bersama RHB Bank.
  • Diskaun sehingga RM68 bagi pembayaran serta-merta.
  • Potongan sehingga 50% dengan kod promosi.
  • Diskaun sehingga 15% bagi pelbagai produk.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran terbaik ini! Muat turun aplikasi Taobao sekarang di Apple App Store dan Google Play. Untuk info lanjut, ikuti saluran media sosial rasmi Taobao Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

NIKMATI SAJIAN BAKERI SEGAR: TOUS LES JOURS KINI DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY

GOLDENHOME LANCAR RUANG PAMERAN SELUAS 10,000 KAKI PERSEGI